- Lain-lain
Xi Utus Ucapan Tahniah kepada Presiden Korea Selatan Baharu
Presiden China, Xi Jinping menghantar perutusan tahniah kepada Lee Jae-myung atas pelantikan beliau sebagai Presiden Korea Selatan ke-21 hari ini.
Dalam perutusan tersebut, Xi menyatakan bahawa China dan Korea Selatan merupakan negara jiran yang dekat dan rakan kerjasama yang penting.
Xi turut menekankan bahawa beliau amat mementingkan hubungan China-Korea Selatan.
Ujarnya pada masa ini, dunia sedang mengalami perubahan besar yang belum pernah berlaku dalam tempoh satu abad, dan ketidaktentuan dalam situasi antarabangsa serta serantau yang makin meningkat.
Justeru sebagai negara penting di peringkat global dan rantau, China bersedia untuk bekerjasama dengan Korea Selatan untuk mengekalkan prinsip asas hubungan diplomatik, mengukuhkan semangat kejiranan yang baik dan berusaha mencapai matlamat manfaat bersama dan situasi menang-menang demi memajukan perkongsian kerjasama strategik China-Korea Selatan, serta memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat di kedua-dua negara.
- Xi Bertemu Speaker Korea Selatan di Harbin
- Menteri Luar China, Korea Selatan Bincang Kerjasama Ekonomi dan Hubungan Bilateral
- China, Korea Selatan Ikrar Galak Perkongsian Kerjasama Strategik
- China-Korea Selatan Bincang Hubungan, Kerjasama Dua Hala
- Harap Hubungan Jepun, Korea Selatan Kondusif bagi Ketenteraman Serantau
- China, Korea Selatan Ikrar Pertingkat Hubungan
- Xi Jinping Bertemu dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol
- Pertemuan PM China dengan Pemimpin Jepun, Korea Selatan dan Filipina