Tonggak Batu Jadi Pengecas Telefon Bimbit di Shenzhen

Tonggak Batu Jadi Pengecas Telefon Bimbit di Shenzhen

Sebanyak lima belas tonggak batu pelbagai fungsi yang menampilkan ciri-ciri seperti pengecas tanpa wayar, paparan video dan fitur keselamatan telah menjadi tular dalam kalangan warganet di Shenzhen, Provinsi Guandong di selatan China.

Difahamkan, setiap tonggak mempunyai skrin paparan yang tertanam berukuran 30 sentimeter, dengan terdapatnya juga zon pengecas tanpa wayar di bahagian bawahnya, yang membolehkan pengguna meletakkan telefon dan mengecasnya secara percuma.

Sejak mula diaktifkan pada 25 Mei 2025, tonggak batu pintar pelbagai fungsi tersebut yang terletak di sebuah dataran di daerah Longhua, Shenzhen telah menarik ramai golongan muda yang ingin mencuba pengalaman mengecas telefon yang unik itu.

“Saya tidak pernah menyangka bahawa tonggak batu mampu berfungsi sebagai peranti mengecas telefon, jadi saya datang untuk mencuba setelah melihatnya di dalam talian,” ujar Wang.

Menurut Huang Fei, pengurus besar syarikat yang membangunkan tonggak itu, sambil berfungsi secara hakiki sebagai pelindung, tonggak batu tersebut amnya digunakan sebagai pengecas tanpa wayar pada waktu siang, dan lampu ambien serta paparan video yang bermanfaat buat orang awam pada waktu malam.

Lampu berwarna-warni yang dibenamkan di dalam tonggak batu itu menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan panas waktu malam, menyaksikan berpusu-pusu orang ramai ke situ.

Jelas Huang, setiap tonggak batu tersebut telah lulus daripada ujian keadaan persekitaran yang ekstrim.

Katanya, pasukan pembangunan dan penyelidikannya telah mengatasi isu-isu seperti bekalan tenaga bervoltan rendah, kalis air luar bilik, dan reka bentuk anti-vandalisme, sekali gus menjadikan tonggak batu sebagai terminal pintar daripada tetapan keselamatan yang mudah.

Huang turut memberitahu bahawa tonggak yang dinaik taraf itu juga dilengkapi dengan voltan keselamatan 12-volt, bingkai seberat 250 kilogram untuk kestabilan yang lebih kuat, modul 4G yang terkandung di dalam untuk pungutan data dan pengurusan jarak jauh, serta mod operasi berasaskan masa yang menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 30 peratus berbanding model tradisional.

Video

Berita Berkaitan