China Terus Memacu Pengimportan Produk Berkualiti

(CRI)Jumaat 06 Jun 2025

China akan terus merancakkan landskap pembangunan e-dagang di peringkat global melalui peningkattan produk import yang berkualiti dari seberang laut.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian dalam sidang media semalam.

Menurut He, setakat ini, China telah menjalinkan perkongsian "E-Dagang Laluan Sutera" dengan 35 buah negara dan membina 65 buah hab pembelian langsung di 19 buah negara yang dilihat sebagai sumbangan besar bagi kerjasama e-dagang di peringkat global.

He mendedahkan bahawa bagi memacu pembangunan bersama e-dagang sedunia dan mendorong globalisasi ekonomi yang universal dan inklusif, pihaknya telah melancarkan kempen "E-Dagang demi Manfaat Dunia" edisi tahun 2025, yang menyaksikan penglibatan sebanyak 18 daerah dan 8 platform e-dagang utama dengan menumpukan kepada kerjasama yang substantif dan efisien.

Video

Berita Berkaitan