- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Poland
Presiden China, Xi Jinping mengutus perutusan tahniah kepada presiden terpilih Poland, Karol Nawrocki pada Jumaat.
Xi menyatakan, dalam tempoh 76 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik, China dan Poland berpegang kepada sikap saling menghormati dan sama rata, sehingga mencapai hasil yang melimpah dalam kerjasama pelbagai bidang yang saling menguntungkan.
“Tatkala dunia bergelut dengan pergolakan, China dan Poland, sebagai rakan kongsi yang muhibah perlu memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik dan mengukuhkan komunikasi strategik.
“Saya sangat mementingkan perkembangan hubungan China-Poland dan bersedia bekerjasama dengan Nawrocki untuk menggalakkan perkembangan perkongsian strategik komprehensif China-Poland yang mampan dan stabil demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, dan menyuntik lebih banyak unsur kestabilan dan kepastian ke landskap dunia,” kata beliau.