Perkhidmatan Kereta Api Kargo China-Eropah Kini Cecah 110,000 Perjalanan

(CRI)Selasa 10 Jun 2025

Kereta api kargo China-Eropah yang ke-110,000 berlepas dari Qingdao, Provinsi Shandong di timur China pada 10 Jun 2025. (Xinhua/Yin Dongxun)

Kereta api kargo China-Eropah yang ke-110,000 berlepas dari Qingdao, Provinsi Shandong di timur China pada 10 Jun 2025. (Xinhua/Yin Dongxun)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa kereta api kargo China-Eropah yang ke-110,000 berlepas dari Qingdao, Provinsi Shandong di timur China pada awal pagi tadi, sekali gus menandakan pencapaian baharu dalam pembangunan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Menurut Gao Yitian, wakil Pusat Logistik Kereta Api Jinan cawangan Jiaozhou, kereta api kargo itu dimuatkan dengan 55 kontena yang mengandungi perkakasan rumah termasuk monitor LCD dan peti sejuk bernilai hampir RMB20 juta (sekitar AS$2.78 juta).

Katanya lagi, kereta api itu akan menyusur keluar menerusi Pelabuhan Erenhot di Mongolia dalam, iaitu pelabuhan dasar terbesar di sempadan China-Mongolia, sebelum dijadualkan tiba di Eropah dalam masa 17 hari.

Sebagai seorang saksi, Gao berkata bahawa dalam tempoh sedekad yang lalu, perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah telah berkembang secara pesat yang bukan sahaja dalam volum, tetapi juga dalam bentuk capaian, kepelbagaian kargo dan kecekapan.

Tambahnya, jaringan logistik antarabangsa di Shandong bukan sahaja telah menghantar barangan eksport China, tetapi juga barangan rentas sempadan dari Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Asia Tenggara.

“Saya percaya bahawa kereta api tersebut akan terus menghantar lebih daripada barangan ‘Buatan China’, sambil memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat negara-negara yang terlibat dalam insiatif Jalur dan Laluan serta para penduduknya,” ujar Gao lagi.

Setakat ini, sejumlah 128 bandar China telah melancarkan perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah, mencapai 229 bandar di 26 negara Eropah dan lebih 100 bandar di 11 negara Asia.

Video

Berita Berkaitan