Qingdao Jadi Tuan Rumah Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional

Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional diadakan di Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China pada 11 Jun 2025. (Foto disediakan oleh penganjur)

Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional diadakan di Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China pada 11 Jun 2025. (Foto disediakan oleh penganjur)

2025 menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara China dan Kesatuan Eropah (EU). Bagi mempromosi lagi pertukaran dalam bakat dan pendidikan vokasional, Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional diadakan di Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China pada 11 Jun 2025.

Difahamkan, acara itu telah dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing dan Persatuan China-EU.

Bertemakan ‘Memperkasa pendidikan vokasional China-Eropah dan pembangunan bakat berkualiti tinggi pada era kecerdasan buatan’, forum tersebut telah menghimpunkan wakil-wakil kerajaan, pakar, pendidik, dan wakil dari kedua-dua pihak untuk menerokai cara bagi memperdalam kerjasama pembangunan bakat dan pendidikan vokasional.

Liu Qibao, naib pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China merangkap presiden Persatuan China-EU, turut hadir dan menyampaikan ucaptamanya pada acara pembukaan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa dalam era globalisasi ekonomi kini, negara-negara semakin saling berhubung, dan mobiliti buruh rentas sempadan juga turut meningkat.

Justeru, dengan berlatarbelakangkan suasana tersebut, Liu berpendapat bahawa usaha mempromosi kerjasama antarabangsa dalam pendidikan vokasional bukan sahaja penting untuk menambah baik kualiti sistem vokasional domestik, tetapi juga satu keperluan untuk mendorong kerjasama perindustrian dan memajukan lagi pembangunan bersama di seluruh dunia.

Beliau turut menyatakan bahawa China dan EU adalah rakan strategik komprehensif, dan kerjasama lebih mendalam dalam pendidikan vokasional akan membuahkan hasil yang saling memanfaatkan, dan menyumbang kepada kemajuan global.

Antara lain yang hadir pada persidangan itu ialah mantan Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero, yang dalam ucapannya telah menyentuh tentang peranan penting pertukaran perdagangan dan ekonomi dalam menggalakkan hubungan harmoni antara negara dan wilayah.

“Kita semua adalah satu keluarga manusia biasa dan perlu menghargai kekayaan yang telah dikurniakan dalam perbezaan,” ujar beliau.

Sepanjang berlangsungnya persidangan itu, para peserta telah bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai topik termasuk ‘Peluang dan Cabaran untuk untuk Pendidikan Bakat Teknologi Gunaan dalam Era Kecerdasan Digital’, ‘Pengalaman Kejayaan Penyertaan Industri dalam Pendidikan Vokasional’, dan ‘Pembangunan Bersama Bakat Antara Bidang Antarabangsa untuk Pembuatan Pintar’.

Mantan Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luiz Rodriguez Zapatero menyampaikan ucapan semasa berlangsungnya Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional diadakan di Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China pada 11 Jun 2025. (Foto disediakan oleh penganjur)

Mantan Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luiz Rodriguez Zapatero menyampaikan ucapan semasa berlangsungnya Persidangan Antarabangsa China-Eropah untuk Pembangunan Bakat Berkualiti Tinggi dan Pendidikan Vokasional diadakan di Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China pada 11 Jun 2025. (Foto disediakan oleh penganjur)

Video

Berita Berkaitan