Dasar Bebas Visa, Pelepasan Kastam Lebih Mudah di Henan Gamit Kedatangan Pelancong Asing

Dasar Bebas Visa, Pelepasan Kastam Lebih Mudah di Henan Gamit Kedatangan Pelancong Asing
Petugas kastam berbual dengan wartawan People’s Daily Online di Lapangan Terbang Xinzheng. (People’s Daily Online/Huo Yaping)

Pada 11 Jun, wartawan People’s Daily Online telah mencuba sendiri kemudahan transit tanpa visa selama 240 jam di Lapangan Terbang Xinzheng di Zhengzhou, ibu kota provinsi Henan, dengan keseluruhan proses hanya mengambil masa tiga minit.

Balai ketibaan antarabangsa di terminal T2 telah dilengkapi dengan teknologi canggih.

Pelancong diberikan panduan bebas visa dalam pelbagai bahasa, manakala alat pengimbas cap jari juga memaparkan bahasa mengikut kewarganegaraan pelancong, sekali gus memudahkan urusan pelepasan kastam.

Sejak China melanjutkan pengecualian visa untuk pelancong transit kepada 240 jam pada Disember 2024, Zhengzhou telah membuka akses pelepasan kastam 24/7, selain menambah baik fasiliti pelepasan kastam dan membuka penerbangan baharu.

Statistik menunjukkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, lebih 31,700 warga asing masuk sempadan melalui lapangan terbang di Zhengzhou, iaitu lebih daripada dua kali ganda peningkatan tahun ke tahun.

Difahamkan, 75.2 peratus daripadanya masuk secara bebas visa, iaitu 3.7 kali ganda bagi tempoh yang sama berbanding tahun lalu. Antaranya, jumlah pelancong dari Korea Selatan, Malaysia, Jepun dan negara-negara lain telah meningkat dengan ketara.

Dengan dasar bebas visa serta urusan pelepasan kastam yang lebih mudah, provinsi Henan dilihat semakin menjadi pilihan ramai pelancong asing untuk menerokai China.

Pelancong menjalani pelepasan kastam dengan pantas di Lapangan Terbang Xinzheng. (People’s Daily Online/Huo Yaping)

Video

Berita Berkaitan