- Lain-lain
Tradisi Keluarga Khazanah Berharga
“Banyak budi pekerti mulia yang hendak saya belajar dan wariskan daripada ayah.” Xi Jinping menulis demikian dalam sepucuk surat kepada ayahnya
Xi Zhongxun pada lebih 20 tahun lalu.
Xi Zhongxun, seorang revolusioner yang berasal dari golongan rakyat, mempunyai percintaan mendalam terhadap rakyat.
Budi pekerti ayah memberi pengaruh besar terhadap akhlak Xi Jinping dan mengukuhkan keazamannya untuk menceburkan diri ke dalam perjuangan Komunisme, berbakti untuk rakyat dan negara.
Xi Jinping berbual-bual dengan pegawai dan penghuni di Kampung Shibadong, Kaunti Huayuan, Daerah Autonomi Tujia dan Miao Xiangxi, provinsi Hunan pada 3 November 2013.
Ketika Xi Zhongxun bekerja di provinsi Guangdong, Xi Jinping yang pada ketika itu mengikuti pembelajaran di Universiti Tsinghua mengikut ayahnya pergi ke luar bandar untuk menyertai aktiviti amalan sosial semasa cuti sekolah musim panas pada 1978.
Xi Zhongxun mengadakan tinjauan dengan membawa soalan, memikir cara penyelesaian masalah di peringkat bawah dan mencari jawapan dengan mendengar suara rakyat. Ini memberikan inspirasi kepada Xi Jinping.
Ketika menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Parti Komunis China, Xi Jinping mendengar cadangan rakyat di tepi jalan.
Untuk merangka Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-14, Xi Jinpingg mempengerusikan 7 simposium dan pelbagai kali mengadakan tinjauan dan penyelidikan di beberapa tempat di China.
Pada masa ini, Jawatankuasa Puat Parti Komunis China (PKC) sedang menyusun Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-15. Xi ketika meninjau ke provinsi Henan telah memberikan arahan penting tentang kerja itu. Beliau menuntut pihak-pihak berkaitan agar menyatukan reka bentuk peringkat atas dengan cadangan rakyat, meningkatkan penyelidikan dan demonstrasi dan mencapai kata sepakat yang meluas.
Pendidikan dan tradisi keluarga merupakan khazanah berharga dan warisan terbaik untuk keturunannya.