China Kecam Serangan Israel terhadap Iran dalam Mesyuarat IAEA

(CRI)Selasa 17 Jun 2025

Tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran telah mengakibatkan kemusnahan pada kemudahan nuklear Iran serta kematian dan kecederaan keanggotaan, menjejaskan proses politik dan diplomatik isu nuklear Iran, melemahkan usaha antarabangsa dalam mengawal percambahan senjata nuklear, dan memberi kesan negatif yang serius terhadap keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.

Demikian dinyatakan Wakil tetap China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Li Song ketika menyampaikan ucapan untuk membentangkan pendirian China dalam mesyuarat khas mengenai serangan Israel terhadap kemudahan nuklear Iran pada Isnin waktu tempatan.

Li mengecam tindakan ketenteraan Israel ke atas Iran, menentang serangan bersenjata terhadap kemudahan nuklear untuk kegunaan awam, dan menentang tindakan yang mencabul kedaulatan, keselamatan, dan integriti wilayah Iran, yang boleh meruncingkan ketegangan dan memburukkan konflik.

"Perkembangan terkini sudah dalam perhatian China yang sudah pun mula meneliti kesan negatifnya terhadap prospek rundingan diplomatik. Menteri Luar Wang Yi telah melakukan panggilan telefon secara berasingan dengan rakan sejawatnya dari Iran dan Israel, menyeru kedua-dua pihak berhemah mengambil tindak dan berusaha mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meruncingkan ketegangan secara berperingkat. Masyarakat antarabangsa perlu bekerjasama untuk meredakan ketegangan serantau dan mengambil tindakan yang tulen untuk menghalang konflik terbabit daripada meruncing.

"Tidak kira ke arah mana pun perkembangan isu tersebut, China tetap berpegang teguh pada penyelesaian damai melalui cara politik dan diplomatik, yang diyakini merupakan satu-satunya jalan yang tepat untuk menyelesaikan isu nuklear Iran. China menentang tindakan kekerasan serta sekatan unilateral yang tidak sah," tambah Li.

Dalam mesyuarat tersebut, negara-negara anggota IAEA meluahkan kebimbangan serius terhadap perkembangan isu itu, manakala negara-negara membangun berturut-turut menyampaikan ucapan untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel. Semua pihak menekankan bahawa pendekatan politik dan diplomatik merupakan satu-satunya pilihan yang tepat untuk menyelesaikan isu nuklear Iran, serta menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama bagi meredakan ketegangan.

Video

Berita Berkaitan