China Sambut Baik Keanggotaan Vietnam dalam BRICS

(CRI)Selasa 17 Jun 2025

China mengalu-alukan keanggotaan Vietnam dalam BRICS.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin berkata penyertaan ahli baharu melambangkan keterwakilan, tarikan dan pengaruh BRICS yang semakin meningkat.

Menurut beliau, keanggotaan Vietnam dalam organisasi berkenaan bukan sahaja memberikan manfaat kepada pembangunan sendiri, malah selaras dengan kepentingan bersama negara anggota lain dan Selatan Global.

Terdahulu, Brazil yang memegang jawatan Pengerusi BRICS mengumumkan bahawa Vietnam secara rasmi ditambah ke dalam BRICS sebagai negara rakan kongsi.

Video

Berita Berkaitan