CISCE ke-3 Tarik Penyertaan 1,200 Pempamer Global

(CRI)Selasa 17 Jun 2025

Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ketiga dijadual berlangsung di Beijing bermula 16 hingga 20 Julai depan.

CISCE tahun ini berjaya menarik penyertaan lebih 650 perusahaan dan institusi dari dalam dan luar negara melibatkan 75 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa.

Bilangan peserta dijangka mencecah 1,200 pempamer, bersama-sama dengan lebih 500 rakan kongsi sektor huluan dan hiliran rantaian perindustrian.

Difahamkan, Thailand dijemput sebagai negara tetamu kehormat bagi CISCE edisi kali ini.

Video

Berita Berkaitan