Resipi Kejayaan Dongguan Adaptasi Pasaran yang Kian Berubah

Gambar pandangan bandar Dongguan. (Foto oleh Zhai Jiaxin)

Gambar pandangan bandar Dongguan. (Foto oleh Zhai Jiaxin)

Satu daripada lima telefon pintar, satu daripada empat produk anime, dan satu daripada lima sweater di serata dunia telah dihasilkan di Dongguan – satu hab pembuatan yang terletak di Provinsi Guangdong, selatan China.

Nadi ekonomi Dongguan telah bersegerak dengan industri global dan dinamik rantai bekalan sejak sekian lama.

Untuk empat bulan pertama tahun ini, Dongguan telah merekodkan sebanyak RMB486.35 (AS$67.73 bilion) dalam perdagangan asing, iaitu meningkat sebanyak 19.4 peratus dari tahun ke tahun. Bagi eksport sahaja, jumlah yang dicatatkan adalah sebanyak RMB291.6 bilion, iaitu kenaikan 11.9 peratus.

Dongguan telah mempamerkan daya tahan yang sangat jelas dalam mengemudikan cabaran pasaran global, dan ia dibuktikan menerusi persembahannya dalam sektor dan syarikat pembuatan seperti VIVO.

Di makmal ujian kualiti VIVO di Dongguan, setiap model telefon pintar baharu akan melalui satu siri penilaian ketat yang komprehensif sebelum memasuki pengeluaran besar-besaran. Peranti akan melalui ujian jatuh setinggi satu meter dari 26 sudut, mengikuti penggerakan 150,000 butang kuasa, dan bertahan daripada 1,000 kitaran pemampatan di bawah kondisi dunia sebenar yang disimulasikan.

Pada 2024, VIVO mencapai penghantaran global melebihi 97 juta unit, memperkukuh kedudukan keempat dalam pasaran saham dunia untuk suku pertama 2025. Syarikat tersebut mengekalkan daya tahan pasaran yang rancak meskipun terdapatnya cabaran luar.

Patung mainan gergasi di Dongguan. (Foto oleh Dongguan+)

Patung mainan gergasi di Dongguan. (Foto oleh Dongguan+)

VIVO bekerjasama dengan hampir 400 rakan kongsi rantaian bekalan dalam paparan, pengimejan, elektronik, komponen struktur dan semikonduktor, dengan 25 peratus daripadanya ini telah berlanjutan selama lebih sedekad.

Pelbagai pembekal telah mencapai status syarikat tersenarai semasa bekerjasama dengan VIVO. Ekosistem ini mencerminkan pertumbuhan yang saling menguntungkan antara pengilang dan rakan kongsinya.

Ketika ini, VIVO yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 500 juta pengguna merentasi lebih 60 negara dan wilayah turut menekankan inovasi berpaksikan pengguna.

“Komitmen kami terhadap pelaburan R&D yang memfokuskan pelanggan menyediakan asas untuk mengharungi ketidaktentuan pasaran, sama ada di dalam atau luar negara,” kata Hu Baishan, naib presiden eksekutif merangkap ketua pegawai operasi syarikat.

Perjalanan VIVO mencerminkan evolusi industri telefon mudah alih dan elektronik Dongguan. Sejak bandar itu mengeluarkan telefon mudah alih pertamanya pada tahun 1995, ia telah berkembang menjadi pusat pengeluaran global, dan kini menyumbang satu per lima daripada jumlah keluaran dunia.

Di Kawasan Baharu Binhaiwan Dongguan, pembinaan sedang giat dijalankan di ‘Pulau AI’, yang akan menyepadukan teknologi R&D, pembuatan produk dan perkhidmatan data.

“Kami menyasarkan untuk mewujudkan zon demonstrasi aplikasi AI nasional dalam tempoh 6 tahun, menjana keluaran perindustrian sebanyak 60 bilion yuan,” kata Luo Bin, seorang pegawai di Kawasan Baru Binhaiwan.

Mempunyai daya tahan tidak bermakna tiada cabaran.

Wang Zhen, pengerusi pengeluar mainan dan produk bayi yang berpangkalan di Dongguan berkata bahawa kenaikan tarif unilateral yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) menyebabkan pembatalan mendadak lebih 1,000 pesanan luar negara pihaknya.

“Sekarang tarif telah diselaraskan, pelanggan menyambung semula penghantaran, tetapi kos kekal tinggi,” kata beliau.

Makmal AI Dongguan. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi Kawasan Baharu Binhaiwan)

Makmal AI Dongguan. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi Kawasan Baharu Binhaiwan)

“Perdagangan dengan AS pernah mencakupi sebanyak 20 peratus daripada eksport kami, jadi kami memanfaatkan peluang ini untuk mempercepat transformasi,” kata Wang, sambil berkongsikan bahawa pihaknya telah membangunkan barisan penuh permainan bertemakan Baku, dengan lebih daripada 150 produk kini telah dieksport ke Asia Tenggara, Eropah dan Jepun, yang menjana jualan eksport tahunan bernilai lebih daripada RMB10 juta.

Kemampuan untuk mengadaptasi adalah penting. Syarikat tersebut telah menambah baik identiti jenamanya dengan produk kreatif kebudayaan dan memperhalusi strategi pemasaran dengan menerokai jualan asing dan domestik yang disepadukan.

Ketika gergasi e-dagang China, JD.com melancarkan program bernilai RMB200 bilion pada April lalu untuk membantu pengeksport beralih ke pasaran domestik, syarikat tersebut berjaya mendapat kontrak jualan domestik bernilai RMB50 juta menerusi inisiatif itu.

Usaha mempelbagaikan pasaran antarabangsa merupakan keutamaan dalam kalangan perusahaan di Dongguan. Pada empat bulan pertama tahun ini, perdagangan Dongguan dengan negara-negara Jalur dan Laluan bertumbuh sebanyak 28.8 peratus dari tahun ke tahun, dengan negara ASEAN sebanyak 45.4 peratus, dan dengan lima negara Asia Tengah sebanyak 56.3 peratus.

Pada Mac, perbandaran Chashan di Dongguan – tempat bagi pengeluaran produk bayi dan permainan, kerajaan tempatan telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan persatuan industri dan firma teknologi untuk membina kluster industri pintar yang menggabungkan AI dan permainan. Hanya sebulan selepas itu, kumpulan pertama permainan tempatan yang dikuasakan AI telah memasuki pasaran.

Menurut wakil rasmi perbandaran Chashan, waima bagaimana pasaran global berubah, Dongguan akan kekal komited untuk mempertingkat rantai nilai, sekali gus menambah baik keupayaan perkhidmatan, jenama, dan teknologi, dalam usaha mendorong pertumbuhan berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan