Ding Xuexiang Berucap pada Sidang Pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-28

(CRI)Isnin 23 Jun 2025
Ding Xuexiang Berucap pada Sidang Pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-28

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang hadir menyampaikan ucapan pada sidang pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-28 pada Jumaat.

Ding berkata perlunya memegang konsep tadbir urus global berlandaskan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, di samping menggalakkan kesamarataan hak, peluang dan peraturan untuk semua negara, serta memelihara kewibawaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan keadilan antarabangsa.

Ujarnya, sinergi harus dibentuk untuk membina ekonomi dunia yang terbuka dan pelbagai, memelihara sistem perdagangan multilateral dan orde ekonomi antarabangsa, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pembangunan kepada negara-negara Selatan Global.

Antara perkara lain yang diberi penekanan beliau adalah menjunjung interaksi dan saling belajar sesama tamadun, serta memelihara kedamaian dan pembangunan dunia.

Video

Berita Berkaitan