Buah-buahan Selatan Berkembang Mekar di Utara China Dengan Kemajuan Dalam Teknologi Pertanian

China mengeluarkan hampir 350 bilion kilogram buah-buahan setiap tahun, iaitu meliputi sekitar satu pertiga daripada output global. Secara tradisinya, buah-buahan di China dikategorikan oleh geografi kepada varieti utara dan selatan.

Namun, pada tahun-tahun mutakhir ini, jumlah buah-buahan yang secara tipikalnya ditanam di kawasan selatan telah berkembang maju dan meningkat naik di bahagian utara China.

Rumah hijau untuk penanaman buah-buahan yang lazimnya ditanam di bahagian selatan China dapat dilihat di kampung Yaomo, daerah Yuanzhou, Guyuan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. (Xinhua/Wang Peng)

Rumah hijau untuk penanaman buah-buahan yang lazimnya ditanam di bahagian selatan China dapat dilihat di kampung Yaomo, daerah Yuanzhou, Guyuan di Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. (Xinhua/Wang Peng)

“Kami mula menanam buah-buahan selatan di sini sekitar tahun 2012, dan selepas lebih sedekad mengeksperimen, lebih daripada 30 varieti buah-buahan tropika kini berjaya ditanam,” ujar Liu Huiping, ketua sebuah kebun keluarga di sub-daerah Fangcheng, daerah Fangzi, bandar Weifang di Provinsi Shandong.

Difahamkan, kebun itu memperuntukkan kawasan seluas 150 mu (10 hektar) untuk penanaman buah-buahan selatan.

Menurut Liu, kebun itu menuai buah anggur, oren dekopon, oren merah, dan mulberi putih raja dari Januari hingga Mac, dan disusuli dengan buah baiberi dan anggur Brazil dari April hingga Jun. Manakala, buah naga, jambu air dan jambu pula dituai pada bulan-bulan yang berikutnya.

Di Beijing, penanaman berasaskan fasiliti varieti buah-buahan selatan telah berkembang stabil pada tahun-tahun kebelakangan ini. Ketika ini, 18 varieti termasuk jambu air, mulberi, jambu, dan nanas, telah ditanaman di tanah yang berkeluasan sekitar 1,150 mu, dengan tempoh menuai berlanjutan hingga sepanjang tahun.

Pakar pertanian berpendapat bahawa trend tersebut adalah susulan daripada peningkatan permintaan daripada pengguna, yang dilihat mendorong pengembangan pemupukan buah-buahan selatan di kawasan utara China.

Data tidak rasmi menunjukkan. bahawa buah-buahan selatan kini ditanam di kawasan seluas lebih 10,000 mu di utara China, termasuk Shaanxi, Shanxi, Jilin, Heilongjiang, Hebei dan Xinjiang.

Transformasi tersebut dikatakan berjaya dengan adanya sokongan dari sudut kemajuan yang signifikan dalam teknologi pertanian dan peralatan fasiliti.

Foto seorang penduduk kampung membuang rumpai di kebun buah naga di sebuah kampung yang terletak di pekan Chuanfangyu, daerah Jizhou, Perbandaran Tianjin di utara China. (Xinhua/Li Ran)

Foto seorang penduduk kampung membuang rumpai di kebun buah naga di sebuah kampung yang terletak di pekan Chuanfangyu, daerah Jizhou, Perbandaran Tianjin di utara China. (Xinhua/Li Ran)

“Menanam buah-buahan selatan di bahagian utara adalah sukar. Kawalan suhu dan keasidan tanah serta kealkalian adalah bahagian utama.” ujar Liu.

Perbezaan ketara dalam iklim dan tanah antara kawasan utara dan selatan menyukarkan penanaman.

Cuaca sejuk pada musim sejuk boleh membekukan atau membunuh pokok buah-buahan tropika yang sensitif, manakala buah-buahan tertentu seperti buah baiberi pula memerlukan persekitaran yang hangat, lembap dan keadaan tanah yang sangat spesifik, terutamanya apabila ia berkaitan dengan keasidan tanah.

Kesemua faktor tersebut secara tidak langsung merumitkan lagi usaha petani.

Namun demikian, dengan adanya pertanian fasiliti moden, keadaan juga telah beransur-ansur baik.

Liu telah membina lebih daripada 20 rumah hijau dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ini membolehkan pemantauan masa nyata tanah, suhu, kelembapan dan aktiviti perosak, dan membolehkan pelarasan automatik berdasarkan model pertumbuhan untuk pokok buah-buahan.

Untuk rekod, Liu juga telah memasang sistem air dan baja bersepadu, yang membolehkan penanaman buah-buahan tropika berskala besar, merentas musim dan merentas wilayah.

Kawasan penanaman kemudahan moden China kini melebihi 40 juta mu, sekali gus menyediakan asas yang kukuh untuk pengembangan berterusan terhadap penanaman buah-buahan selatan di bahagian utara China.

Kumpulan industri meramalkan pasaran runcit buah-buahan China akan mencecah RMB1.8 trilion (AS$250 bilion) menjelang 2026, dengan permintaan tinggi terutamanya untuk buah-buahan selatan.

Dengan minat pasaran yang semakin meningkat dan kemajuan berterusan dalam teknologi pertanian, buah-buahan selatan dijangka lebih mudah didapati di seluruh utara China pada tahun-tahun mendatang.

Video

Berita Berkaitan