Syarikat di Zhengzhou Bangunkan Wafer Silikon Terbesar di China

Syarikat di Zhengzhou Bangunkan Wafer Silikon Terbesar di China
Foto para pekerja di bengkel pengeluaran Wafer Works (Zhengzhou) Corporation di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China. (People’s Daily Online/Huo Yaping)

Wafer Works (Zhengzhou) Corporation yang berpangkalan di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China telah membangunkan wafer silikon terbesar di negara itu menerusi usaha invoasi dan penyelidikan yang berterusan.

“Wafer polisilikon gred elektronik memerlukan ketulenan yang sangat tinggi. Keleperan permukaan dan pengawalan zarah juga memainkan peranan penting. Satu tompok kecil habuk, satu perenam ribu lebar rambut manusia, ia boleh menyebabkan wafer rosak,” kata seorang kakitangan syarikat itu.

Wafer Works yang memulakan operasinya di zon tersebut pada 2017 telah membantu dalam memenuhi jurang buat industri semikonduktor tempatan dan kini menjadi pangkalan domestik utama untuk pengeluaran wafer silikon.

Pertumbuhan syarikat tersebut mencerminkan pengembangan maklumat elektronik di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou, yang telah menarik kedatangan firma terkemuka seperti Foxconn dan xFusion dalam tempoh sedekad yang lalu.

Foto memperlihatkan wafer silikon bersaiz 12 inci yang dikeluarkan oleh Wafer Works (Zhengzhou) Corporation di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China. (People’s Daily Online/Huo Yaping)
Foto para pekerja di bengkel pengeluaran Wafer Works (Zhengzhou) Corporation di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China. (People’s Daily Online/Huo Yaping)
Foto memaparkan wafer silikon bersaiz 12 inci yang dihasilkan oleh Wafer Works (Zhengzhou) Corporation di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China. (People’s Daily Online/Huo Yaping)
Foto menunjukkan jongkong silikon yang dihasilkan oleh Wafer Works (Zhengzhou) Corporation di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China. (People’s Daily Online/Huo Yaping)
Foto memperlihatkan bilik pameran Wafer Works (Zhengzhou) Corporation di Zon Ekonomi Lapangan Terbang Zhengzhou di Provinsi Henan, utara China. (People’s Daily Online/Huo Yaping)

Video

Berita Berkaitan