- Lain-lain
Davos Musim Panas 2025 Saksi Kemampanan, AI Capai Kolaborasi Global
Nota: Artikel terbitan Xinhua ini diterjemah dan disunting oleh People’s Daily Online
Tetamu menghadiri sesi selari ‘Checking In on the Energy Transition’ semasa Forum Davos Musim Panas 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Tianjin) di Perbandaran Tianjin, utara China pada 24 Jun 2025. (Xinhua/Zhao Zishuo)
Satu barometer utama bagi transformasi industri dan trend ekonomi global iaitu Forum Davos Musim Panas 2025, telah memperbaharui rekod dari sudut penyertaan, dengan catatan sebanyak 1,700 peserta yang datang dari segenap penjuru dunia.
Kepopularan forum itu secara tidak langsung mencerminkan kekuatan dalam penganjuran acara yang berlangsung selama tiga hari mulai Selasa di Tianjin, selain tarikan yang tiada tandingan dalam pasaran berskala mega China.
Turut dikenali sebagai Mesyuarat Tahunan Juara Baharu Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-16, forum tahun ini dilakukan dengan bertemakan ‘Keusahawanan pada Era Baharu’.
Acara itu memfokuskan lima bidang utama iaitu mentafsir ekonomi dunia, gambaran terhadap China, industri yang terjejas, pelaburan terhadap manusia dan planet, serta material dan tenaga baharu.
Berbanding dengan mesyuarat tahunan WEF yang diadakan pada setiap Januari di Davos, Switzerland, Forum Davos Musim Panas memberikan tumpuan yang lebih mendalam terhadap masa depan kemajuan teknologi dan perniagaan.
Edisi tahun ini bukan sahaja memperlihatkan pencapaian China dalam pembangunan ekonomi berkualiti tinggi dan komitmen teguhnya terhadap pembukaan yang berstandard tinggi kepada komuniti antarabangsa, tetapi juga platform untuk China secara aktif berkongsi peluang dan hasil pembangunannya dengan dunia.
Transformasi Hijau
Di bumbung Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Tianjin), iaitu tempat pertama kalinya Forum Davos Musim Panas 2025 diadakan, panel suria membekalkan tenaga bersih yang berterusan bagi menjana kuasa kepada venue semasa acara berlangsung.
Menurut Perbadanan Grid Negara China, forum edisi kali ini telah mencapai 100 peratus bekalan tenaga hijau, menggunakan sejumlah 800,000 jam kilowat elektrik boleh diperbaharui, yang juga bersamaan dengan penjimatan 300 tan pembakaran arang standard dan memotong sekitar 600 tan pelepasan karbon.
Venue tersebut memanfaatkan penjanaan kuasa fotovolta dan teknologi bandar span, yang menggantikan sumber tenaga konvensional dengan yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan pelepasan karbon infrastruktur, sambil menambah baik kecekapan material, air dan tenaga dengan cekap.
Severin Podolak, ketua pengurusan acara dan operasi untuk WEF menyatakan bahawa kemampanan adalah teras acara WEF.
Beliau turut memberitahu bahawa sofa dan perabot lain yang digunakan di tempat itu adalah bahan kitar semula dari 2023, dan beberapa cat yang digunakan untuk hiasan diperoleh daripada sumber boleh diperbaharui seperti jaring ikan.
Selain itu, ratusan kenderaan tenaga baharu (NEV) daripada enam pembuat kereta terkemuka, termasuk Audi FAW, memudahkan pengangkutan mementingkan alam sekitar untuk peserta forum, sekali gus mengangkat matlamat peneutralan karbon acara itu.
Konsep kemampanan telah disepadukan secara menyeluruh, iaitu daripada reka bentuk tempat kepada agenda forum, dengan topik utama seperti pasaran karbon Asia dan langkah seterusnya bagi daya tahan iklim menjadi titik fokus perbincangan, menangani pembangunan mampan secara langsung.
Penetapan nitrogen hijau telah dinamakan dalam 10 Teknologi Baru Muncul Teratas WEF pada tahun 2025, di samping inovasi seperti penderiaan kolaboratif dan penderiaan biokimia autonomi, yang seterusnya mengukuhkan lagi kemampanan sebagai keutamaan global.
Kini, China berdiri sebagai peneraju global dalam pelaburan tenaga boleh diperbaharui.
Pengarah urusan WEF, Gim Huay Neo berkata bahawa China berjaya mempelopori teknologi transformatif dalam bidang bateri dan kenderaan elektrik, mewujudkan jutaan pekerjaan berkualiti tinggi dalam sektor berorientasikan masa depan tersebut.
Revolusi AI
Satu zon pameran futuristik di venue tersebut telah menjadi tarikan utama, yang menyaksikan produk termaju AI seperti robot humanoid, pengantaramukaan otak-komputer dan sistem pemeriksaan dron autonomi telah dikerumuni oleh peserta.
Kesemua inovasi tersebut secara jelas memaparkan penemuan baharu dalam aspek teknologi oleh perusahaan China dan perintis aplikasi kecerdasan buatan (AI).
Ketua ekonomi Institut Strategi Pembangunan Kecerdasan Buatan Generasi Baharu China, Liu Gang berkata negara Tembok Besar itu berkemungkinan telah berjaya menemui kunci bagi memulakan semula pertumbuhan ekonomi global, iaitu menerusi strategi ‘AI Plus’.
Jelas beliau, pengintegrasian AI dengan ekonomi sebenar telah menghasilkan laba ekonomi yang menakjubkan. Sebagai contoh, penyelidikan yang dikendalikan oleh pasukannya menunjukkan bahawa pengaplikasian AI ke dalam pembangunan bahan-bahan baharu boleh meningkatkan kecekapan sehingga 100 ke 1,000 kali ganda.
Di pelbagai sesi sekitar Davos Musim Panas 2025, perbincangan tentang AI telah membuka intensiti yang menakjubkan, mencerminkan perdebatan sengit yang disaksikan di forum global utama yang lain.
Ia boleh disaksikan menerusi sesi berdedikasi bertajuk "Memahami pendekatan China terhadap AI" yang akan diadakan, yang menekankan pengiktirafan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap peranan penting China dalam landskap pembangunan AI global.
Sinergi Global
Menurut WEF, gambaran pertumbuhan global telah mencapai titik terendah dalam beberapa dekad. Justeru, menyemarakkan semula semangat kerjasama memerlukan komitmen dan kreativiti yang lebih besar daripada yang sebelumnya.
Profesor Tong Jiadong dari Univerisiti Nankai yang juga ketua penyelidikan agenda China untuk Forum Davos Musim Panas Tianjin membuat pemerhatian bahawa acara itu telah berevolusi jauh daripada sidang kemuncak pimpinan pemikiran global ulung kepada platform dinamik yang mempermudah pertukaran dan kerjasama antarabangsa.
Zhao Yan, pengerusi merangkap pengurus besar firma China, Bloomage Biotech, telah menjadi peserta tetap pada Forum Davos Musim Panas. Dari tahun ke tahun, syarikat itu telah mendirikan jaringan rantai bekalan global komprehensif di lebih 70 negara dan wilayah.
Katanya, meskipun sedang menelusuri ketidaktentuan yang rumit, perusahaannya tidak pernah memilih untuk bersendiri, tetapi berusaha untuk membentuk semula peraturan persaingan global menerusi inovasi terbuka.
Pada lima bulan pertama tahun ini, jumlah keseluruhan import dan eksport barangan China bertumbuh 2.5 peratus dari tahun ke tahun, sementara kecenderungan penggunaan oleh pelawat asing melonjak dengan ketara.
“Kami sangat menghargai kerjasama dengan China. Kami melihat lebih banyak minat dan penyertaan di sini.
“Secara relatifnya, saya optimistik terhadap ekonomi China, untuk kedua-dua jangka sederhana dan panjang,” ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif WEF, Borge Brende.
- Forum Davos Musim Panas ke-16 Dirasmikan di Tianjin Hari Ini
- Persediaan Forum Davos Musim Panas 2024 di Tianjin Dimuktamadkan
- China Seru Junjung Multilateralisme, Galak Pembangunan Terbuka dan Inklusif
- Forum Davos: Ekonomi China Memberangsangkan
- PM China Berucap pada Perasmian Forum Davos
- Forum Davos Musim Panas Bakal Diadakan di Dalian
- Li Qiang Bakal Hadir Forum Davos Musim Panas Ke-15
- Ekonomi Dunia Memerlukan China
- Maju Bersama, Hasrat China dalam Forum Davos Musim Panas 2023
- PM China Sampai Ucaptama pada Forum Davos Musim Panas 2023