Kraf Anyaman Rotan Dorong Penduduk Hanzhong Menuju Kemakmuran

Anyaman rotan, yang dahulunya merupakan kerja sampingan di laman-laman luar bandar sekitar bandar Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China, kini berjaya menembusi ke dalam fabrik industri moden, seterusnya menambah baik taraf kehidupan penduduk tempatan dengan penuh berkesan.

Seorang juruacara penstriman langsung memperkenalkan kerja kraf anyaman kipas rotan semasa promosi di Syarikat Shaanxi Liangshun Jiangxin Industry yang berpangkalan di perbandaran Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)

Seorang juruacara penstriman langsung memperkenalkan kerja kraf anyaman kipas rotan semasa promosi di Syarikat Shaanxi Liangshun Jiangxin Industry yang berpangkalan di perbandaran Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)

Berikutan proses pembuatannya yang rumit, keluk pembelajaran yang panjang dan pulangan yang rendah dari sudut kewangan, anyaman rotan yang turut disenaraikan dalam warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan China itu telah lama menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menjana pendapatan menerusi kemahiran tersebut.

Bagaimanapun, dengan industri e-dagang penstriman langsung di China yang semakin berkembang mekar, faktor usaha yang tidak terputus untuk melindungi warisan budaya tidak ketara serta minat yang bertunas terhadap produk Guochao dalam kalangan pengguna moden atau produk yang menampilkan gabungan bijak antara elemen budaya tradisional dan reka bentuk moden, kraf tradisional tersebut perlahan-lahan menarik lebih ramai pembuat kraf, seterusnya memperhebat penduduk luar bandar di Hanzhong untuk meningkatkan pendapatan melalui telefon pintar.

Chen Liangshun (kanan), seorang wakil pewaris kraf anyaman rotan di Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China, sedang memberi arah kepada seorang pekerja terhadap teknik anyaman rotan tradisional. (People’s Daily Online/Zou Xing)

Chen Liangshun (kanan), seorang wakil pewaris kraf anyaman rotan di Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China, sedang memberi arah kepada seorang pekerja terhadap teknik anyaman rotan tradisional. (People’s Daily Online/Zou Xing)

Perbandaran Huangguan di daerah Nanzheng, Hanzhong, disifatkan sebagai nadi kepada kebangkitan tersebut.

Terletak di kawasan yang bersempadanan dengan Gunung Qinling, perbandaran Huangguan adalah kaya dengan sumber rotan liar dan mempunyai sejarah panjang dalam anyaman rotan, sekali gus meletakkan statusnya sebagai ‘kampung halaman kepada anyaman rotan’ di Shaanxi.

Difahamkan, ramai penduduk tempatan yang sangat mahir dalam anyaman rotan. Suatu ketika dahulu, mereka bahkan membuat perabot rotan biasa, dengan kemahiran tersebut diwariskan dari satu generasi ke satu generasi, dan menjualnya ke pasaran.

Memanfaatkan gelombang pembangunan ekonomi yang pesat di seluruh negara, anyaman rotan perlahan-lahan berevolusi menjadi industri yang mantap di Huangguan, secara tidak langsung membolehkan pembuat kraf tempatan untuk menjalinkan cita-cita lebih besar buat pemulihan semula luar bandar.

Dengan mengintegrasikan budaya pertanian dan ekopelancongan, daerah Nanzhen telah membangun menjadi rantai industri yang lengkap dengan anyaman rotan sebagai terasnya.

Shou Zhaofu (kiri), 63, seorang penduduk kampung di perbandaran Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China, sedang menganyam kerusi rotan bersama-sama isterinya, Liu Guifen. (People’s Daily Online/Zou Xing)

Shou Zhaofu (kiri), 63, seorang penduduk kampung di perbandaran Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China, sedang menganyam kerusi rotan bersama-sama isterinya, Liu Guifen. (People’s Daily Online/Zou Xing)

Mempunyai tujuh kilang komuniti, lima pangkalan bantuan dan enam pusat warisan budaya tidak ketara, daerah itu telah menguruskan lebih 6,500 penduduk tempatan untuk terlibat dalam rantai industri anyaman rotan, seterusnya mencapai peningkatan pendapatan purata tahunan sebanyak lebih daripada RMB20,000 (AS$2,786) per kapita.

Tiga perusahaan terkemuka dalam industri itu menikmati gabungan nilai output tahunan sebanyak lebih daripada RMB168 juta, dengan produk masing-masing dieksport di serata dunia.

Syarikat Shaanxi Liangshun Jiangxin Industri yang berpangkalan di Huangguan merupakan salah satu daripada tiga perusahaan terkemuka tempatan yang terlibat dalam anyaman rotan. Ia menawarkan lebih 300 produk dan memegang lebih daripada 20 paten.

Untuk rekod, syarikat itu dibangunkan pada 2020 oleh Chen Liangshun, seorang wakil pewaris teknik anyaman rotan Hanzhong, yang mengoperasikan syarikat di bawah model ‘syarikat + koperasi + pangkalan + isi rumah + e-dagang’, dengan melibatkan lebih daripada 1,200 isi rumah di luar bandar dari serata perbandaran seperti Huangguan dan Qingshu.

Menurutnya, syarikat itu telah bekerjasama dengan beberapa institusi seperti Akademi Seni Halus Xi’an di Provinsi Shaanxi, dalam usaha untuk mewujudkan stesen kerja pakar dan pangkalan penyelidikan untuk inovasi dan pendidikan warisan budaya tidak ketara, sekali gus mengintegrasikan anyaman rotan ke dalam dekorasi kejuruteraan, reka bentuk pakaian, produk kreatif dan hiasan.

Di bilik pameran syarikat milik Chen itu, daripada pemasangan landskap besar dan pelbagai jenis perabot kepada pin rambut dan loket halus, kesemuanya memperlihatkan tarikan tersendiri.

Foto memperlihatkan produk kraftangan rotan termasuk raga dan vas yang dipamerkan di Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (People’s Daily Online/Zou Xing)

Foto memperlihatkan produk kraftangan rotan termasuk raga dan vas yang dipamerkan di Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (People’s Daily Online/Zou Xing)

Semasa pesta beli-belah dalam talian pertengahan tahun ‘618’ yang melabuhkan tirainya pada baru-baru ini, syarikat tersebut telah berjaya memecahkan rekod jualan.

“Hampir setiap is rumah di sini tahu untuk menganyam. Setiap anggota keluarga – daripada atuk-nenek kepada cucu akan terlibat,” ujar Chen, sambil memberitahu bahawa kerja tersebut ideal dengan ekonomi laman-laman rumah, khususnya bagi golongan kurang upaya, wanita, dan warga emas.

“Penduduk kampung akan membawa bahan mentah ke rumah masing-masing, dan menyiapkannya di situ, seterusnya kami akan membelinya semula,” tambahnya.

Seorang penduduk kampung, Shou Zhaofu, 63, dan isterinya, Liu Guifen, merupakan antara penduduk tempatan yang merasai kesan limpahan daripada model pengoperasian syarikat tersebut.

“Kami bekerja di lapangan pada waktu pagi dan datang ke kilang atau menganyam di rumah pada sebelah petang.

“Setiap hasil yang siap akan dibayar secara satu persatu, yang membolehkan kami mendapat sekitar RMB4,000 hingga RMB5,000 setiap bulan,” jelasnya.

Kanak-kanak sedang bermain di kawasan luar di pusat inovasi dan penyelidikan anyaman rotan di perbandaran Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)

Kanak-kanak sedang bermain di kawasan luar di pusat inovasi dan penyelidikan anyaman rotan di perbandaran Huangguan, daerah Nanzheng, Hanzhong, Provinsi Shaanxi, barat laut China. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)

Pada April 2025, ‘Pengkhususan Teknikal buat Anyaman Rotan Hanzhong’ secara rasminya dilaksanakan. Dokumen tersebut menggariskan perincian teknikal yang khusus, proses dan keperluan pengeluaran untuk anyaman rotan, sekali gus menyediakan persediaan asas buat pertumbuhan industri yang berpiawaian.

“Bagi memastikan tradisi ini kekal hidup, kita mesti melindungi akar umbinya sambil mendakap inovasi,” ujar Chen.

Jelasnya, hanya dengan mengejar laluan perindustrian dan mengintegrasikan teknik anyaman rotan ke dalam pembangunan industri, barulah pendapatan rakyat terlindung, dan dapat diwariskan dari generasi ke generasi.

Video

Berita Berkaitan