Sama Menang, Inti Pati Kerjasama BRI

(CRI)Rabu 02 Julai 2025

Konsep 'sama menang' merupakan inti pati kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kata Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu.

Uraloglu membuat kenyataan itu dalam temu bual eksklusif bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) sempena menghadiri Forum Kesalinghubungan Pengangkutan Global di Istanbul, baru-baru ini.

Uraloglu berkata kerjasama antara Turkiye dan China di bawah rangka BRI telah membuahkan hasil yang ketara.

Beliau percaya bahawa negara-negara terlibat dalam BRI akan terus bersinergi dengan China untuk memperluas ikatan kerjasama bersandarkan inisiatif berkenaan.

Forum itu turut menyaksikan perjanjian kerjasama baharu dimeterai antara Turkiye dan China membabitkan pembinaan prasarana, perkhidmatan logistik rentas sempadan dan lain-lain.

China mempamerkan potensi yang cukup besar dalam perdagangan global, kata Uraloglu sambil menambah pihaknya sangat mementingkan kerjasama dengan China dan penandatanganan perjanjian baharu melambangkan kerjasama BRI antara kedua-dua negara terus diperkasa.

Video

Berita Berkaitan