PM Thailand Paetongtarn Digantung Tugas

(CRI)Rabu 02 Julai 2025

Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Selasa memutuskan untuk menerima petisyen pemecatan terhadap Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra dan menggantung tugas beliau selaku perdana menteri.

Keputusan itu dibuat susulan petisyen yang dikemukakan Speaker Dewan Senat Thailand pada 20 Jun lalu yang mendakwa kandungan perbualan telefon antara Paetongtarn dan bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen telah melanggar perlembagaan dan etika pentadbiran negara.

Paetongtarn dalam kenyataannya berkata beliau menerima keputusan tersebut dan akan mengemukakan bahan pembelaan kepada Mahkamah Perlembagaan dalam tempoh 15 hari seperti yang ditetapkan.

Video

Berita Berkaitan