Xi Sampaikan Penghormatan kepada Pelakon Terkenal China You Benchang, Sertai Parti pada Usia 92 Tahun

(CRI)Jumaat 04 Julai 2025

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menyampaikan penghormatan dan galakan beliau kepada pelakon terkenal China, You Benchang yang menyertai parti baru-baru ini, pada usia 92 tahun.

Penghormatan dan galakan tersebut disampaikan menerusi pegawai kanan Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat PKC.

Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata, beliau gembira apabila mengetahui berita tersebut dan menyifatkan kepercayaan You terhadap parti sebagai sesuatu yang sangat menyentuh hati.

Xi turut menzahirkan harapan agar You dapat memainkan peranan dan menjadi teladan selaku anggota parti, selain dapat membimbing lebih ramai penggiat seni untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran kebudayaan di negara ini.

You Benchang yang dilahirkan pada tahun 1933 merupakan pelakon kelas pertama di Teater Kebangsaan China.

Video

Berita Berkaitan