Indonesia Kutuk Serangan Udara Israel di Gaza

(CRI)Jumaat 04 Julai 2025

Kementerian Luar Indonesia mengutuk serangan udara Israel yang mengorbankan Marwan Sultan, pengarah hospital Indonesia di Semenanjung Gaza dan ahli keluarganya.

Menerusi kenyataan kementerian tersebut pada Khamis, pihak Indonesia kini sedang memantau rapi situasi di kawasan hospital Indonesia di tengah ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Gaza.

Kenyataan tersebut turut menggesa Israel untuk segera menghentikan kekerasan dan menyeru semua pihak berkaitan untuk mencapai gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak korban jiwa.

Hospital Indonesia tersebut dibina dengan bantuan kerajaan Indonesia, terletak di utara Semenanjung Gaza, mula menerima pesakit pada akhir tahun 2015, dan merupakan sebuah hospital awam utama di kawasan tersebut.

Video

Berita Berkaitan