- Lain-lain
PM China Seru BRICS Jadi Pelopor Promosi Pembaharuan Tadbir Urus Global
Perdana Menteri China, Li Qiang menyeru negara-negara BRICS supaya berusaha untuk menjadi pelopor dalam mempromosikan pembaharuan tadbir urus global.
Li membuat seruan tersebut ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Keamanan dan Keselamatan, serta Pembaharuan Tadbir Urus Global" pada sesi pleno Sidang Kemuncak BRICS ke-17 di sini, pada Ahad.
Pemimpin-pemimpin negara BRICS menghadiri sesi tersebut yang dipengerusikan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.
Li Qiang berkata, sebagai kekuatan peneraju negara Selatan Global, BRICS dikehendaki mempertahankan kemerdekaan dan kebergantungan diri, menunjukkan kebertanggungjawaban, serta komited untuk memainkan peranan lebih besar dalam membina konsensus dan mengumpulkan sinergi.
Pada masa sama, beliau menyeru blok itu supaya menjaga kebenaran dan keadilan, serta memelihara keamanan dan kestabilan dunia.
"Negara-negara BRICS harus memberi tumpuan kepada pembangunan, menguatkan momentum pertumbuhan ekonomi, di samping membimbing kerjasama pembangunan, dan meneroka potensi pertumbuhan dalam sektor-sektor baharu," ujar Li.
Beliau berkata, China akan menubuhkan pusat penyelidikan kuasa produktif kualiti baharu China-BRICS pada tahun ini, sementara menawarkan biasiswa kepada negara BRICS untuk memupuk tenaga profesional dalam bidang perindustrian dan telekomunikasi.
"China bersedia berganding tangan dengan negara BRICS lain untuk mendorong tadbir urus global ke arah lebih adil, saksama, efisien dan teratur demi membina dunia yang lebih baik," ujar Li.
Deklarasi Rio de Janeiro Sidang Kemuncak BRICS Ke-17 turut diluluskan dalam sesi pleno tersebut.
- China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Dorong Pembangunan 'Greater BRICS'
- PM China Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-17
- Seminar BRICS di Brazil Bincang Tadbir Urus Negara
- Mesyuarat Menteri Luar BRICS Keluar Kenyataan Pengerusi Tekan Kerjasama Selatan Global
- Xi Lawat Bank Pembangunan Baharu
- Prabowo Sah Keanggotaan Indonesia dalam NDB
- China Zahir Tahniah Kepada Indonesia Atas Keanggotaan Penuh BRICS
- Malaysia Negara Rakan BRICS: Semakin Berpengaruh dalam Kerjasama Global
- BRICS Dorong Fahaman Multilateral Sebenar, Ketepi Mitos ‘Sepihak’
- Indonesia Serahkan Permohonan Anggotai BRICS