China Mahu Jalin Kerjasama dengan Pelbagai Pihak, Dorong Pembangunan 'Greater BRICS'

(CRI)Khamis 03 Julai 2025

China berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mengukuhkan perkongsian strategik BRICS, menyumbang ke arah multilateralisme, mempromosikan pembangunan bersama dan menambahbaik tadbir urus global, supaya mendorong pembangunan 'Greater BRICS' yang berkualiti tinggi.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Rabu ketika ditanya mengenai harapan China terhadap Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang bakal diadakan di Brazil pada 6 hingga 7 Julai ini.

Mengulas lanjut Mao berkata, ini merupakan sidang kemuncak pertama selepas BRICS menerima anggota baharu Indonesia dan sepuluh negara rakan.

Selain itu, ada banyak pasaran baharu muncul, negara membangun, dan organisasi antarabangsa dan serantau dijemput untuk menyertai sidang kemuncak kali ini, kata Mao.

Video

Berita Berkaitan