- Lain-lain
Mainan Fesyen China Popular di Seluruh Dunia
Pengguna kelihatan beratur panjang di depan kedai Miniso di Champs Elysees, Paris untuk mendapatkan barangan yang diidamkan. Sementara itu, Labubu (IP yang dicitpakan Pop Mart dari China) juga menjadi rebutan peminat pelbagai negara. Mainan fesyen (trendy toy) China kini menjadi popular di seluruh dunia.
Timbalan Presiden Miniso, Liu Xiaobin berpendapat bahawa kebangkitan mainan fesyen China di pasaran global bergantung pada pacuan "rantaian pembuatan China + kemampuan kebudayaan IP China".
"Rantaian pembekalan China adalah paling cekap dari segi pengeluaran dan logistik. Pada masa ini, Miniso telah menjalin kerjasama mendalam dengan lebih 1,400 syarikat pembekal di seluruh dunia, antaranya 80 peratus adalah dari China," kata Liu lagi.
Dimaklumkan, bagi pasaran di China, ia hanya mengambil masa tiga hingga tujuh hari bagi barangan dihantar dari pihak pembekal ke kedai. Manakala masa itu memerlukan 20 hingga 30 hari bagi pasaran antarabangsa, seperti Asia Tenggara.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Pop Mart, Wang Ning memaklumkan, jualan mainan siri "The Monsters" yang termasuk Labubu mencecah RMB3.04 bilion pada tahun 2024, menokok 726.6 peratus tahun ke tahun, sekali gus menjadi IP dari Pop Mart yang paling popular.
"Kami telah menaja banyak seniman di dunia, dan mereka telah menciptakan banyak IP yang popular di peringkat global," kata Wang Ning.