China, Indonesia Tandatangan MoU Tingkatkan Kerjasama Hak Cipta

(CRI)Khamis 10 Julai 2025

Pentadbiran Hak Cipta Negara China (NCAC) dan Kementerian Hukum Indonesia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama hak cipta dan hak berkaitan di Geneva, Switzerland pada Selasa.

Menurut MoU tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan kerjasama hak cipta, di samping mengadakan pertukaran maklumat mengenai undang-undang dan teknikal secara berkala. Sementara itu, kedua-dua negara juga menggalakkan kakitangan pengurusan hak cipta dan pengamal sektor berkaitan untuk bertukar pendapat melalui pertukaran lawatan dan latihan, sekali gus memperkasakan kerjasama di kalangan pertubuhan pengurusan hak cipta kolektif.

Video

Berita Berkaitan