Beijing Anjur Upacara Peringatan 80 Tahun Kemenangan Menentang Pencerobohan Jepun

(CRI)Isnin 14 Julai 2025

Upacara Sambutan Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia akan berlangsung di Beijing.

Wartawan tempatan dan antarabangsa dijemput untuk hadir dan membuat liputan terhadap upacara bersejarah tersebut.

Bagi memudahkan proses permohonan, satu sistem pendaftaran telah dibuka secara rasmi melalui lawan sesawang (http: //kzjn80reg.zgjx.cn).

Tempoh pendaftaran permohonan bagi pengamal media asing dan pengamal media dari Hong Kong, Macau dan Taiwan adalah dari 15 Julai hingga 29 Julai 2025.

Satu pusat media juga akan dibuka di Beijing sempena berlangsungnya upacara ini.

Video

Berita Berkaitan