Gaza Terus Bermandi Darah, Lebih 58 Ribu Terkorban Sejak 2023

(CRI)Isnin 14 Julai 2025

Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan pada Ahad menyatakan bahawa sejak tercetusnya konflik baharu antara Palestin dan Israel pada Oktober 2023, operasi ketenteraan Israel di Gaza telah menyebabkan 58,026 kematian dan 138,520 lagi cedera.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, seramai 134 orang terbunuh dan 425 lagi cedera akibat serangan Israel di Gaza.

Agensi Berita Palestin melaporkan pada hari yang sama, tentera Israel telah mengobom sumber air di Nuseirat, tengah Gaza, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 16 lagi cedera.

Bukan itu sahaja, tentera Israel juga mengebom sebuah pasar di bandar Gaza, utara Genting Gaza, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang maut dan puluhan yang lain cedera.

Video

Berita Berkaitan