China Diharap Mainkan Peranan Lebih Besar dalam Pembangunan Selatan Global

(CRI)Selasa 15 Julai 2025

Bekas Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirayuda berkata China mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kalangan negara-negara Selatan Global.

"Sebagai negara membangun besar yang mempunyai ekonomi kuat, China tetap berdiri bersama-sama negara-negara Selatan, tidak mengejarkan hegemoni, dan komited untuk membina platform kerjasama pragmatik dan pembangunan bersama.

"Oleh itu, China diharap memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan Selatan Global," kata Hassan Wirayuda ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) sempena menghadiri Forum Kedamaian Dunia ke-13 di Beijing baru-baru ini.

Beliau berpendapat bahawa dalam keadaan geopolitik yang kacau pada masa ini, masyarakat antarabangsa tidak harus menunggu untuk melakukan pembinaan semula orde dunia selepas krisis tercetus.

Beliau mengingatkan komuniti antarabangsa supaya mempertahankan sistem peraturan antarabangsa yang berteraskan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, beliau bersetuju tentang pandangan Presiden China Xi Jinping mengenai kebangkitan Selatan Global sebagai tanda perubahan pola dunia.

Video

Berita Berkaitan