China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-9 untuk Hantar Bekalan ke Stesen Angkasa

(CRI)Selasa 15 Julai 2025

China berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Tianzhou-9 pada pagi Selasa, untuk menghantar barang bekalan ke stesen angkasa Tiangong, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Roket pembawa Long March-7 Y10 membawa Tianzhou-9 dilancarkan dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang, provinsi Hainan di selatan China pada pukul 5.34 pagi (waktu Beijing).

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, kapal Tianzhou-9 berpisah dengan roket dan memasuki orbitnya. Selepas itu, ia menyelesaikan seting status dan berjaya bercantum dengan stesen angkasa Tiangong pada pukul 8.52 pagi.

Tianzhou-9 membawa barang bekalan seperti barang kegunaan harian untuk angkasawan, propelan, peralatan eksperimen aplikasi dan lain-lain.

Menurut pelan, kru angkasawan Shenzhou-20 akan memasuki kapal Tianzhou-9 untuk memindahkan barang-barang berkaitan.

Video

Berita Berkaitan