China, Laos Tandatangan Perjanjian Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025

(CRI)Rabu 16 Julai 2025

Perjanjian Kerjasama Projek Dana Khas Kerjasama Lancang-Mekong 2025 telah ditandatangani di Vientiane pada Isnin.

Duta Besar China ke Laos, Fang Hong dan Timbalan Menteri Luar Laos menandatangani perjanjian tersebut.

Duta Besar China ke Laos, Fang Hong berkata, Kerjasama Lancang-Mekong sebagai mekanisme kerjasama sub-serantau baharu pertama yang dibincang, dibina dan dikongsi bersama oleh negara-negara tebing sungai, kini telah memasuki tahun ke-10.

Tambahnya lagi, China akan terus berpegang kepada konsep kerjasama "pembangunan didahulukan, perundingan bersama secara saksama, pragmatis dan cekap, terbuka dan inklusif", serta memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dengan Laos di bawah mekanisme ini.

Video

Berita Berkaitan