- Lain-lain
China Perkukuh Kerjasama Serantau Melalui Pertemuan dengan Pemimpin Diplomatik SCO
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Nurlan Yermekbayev, rakan sejawatnya dari Uzbekistan Bakhtiyor Saidov, Menteri Luar Tajikistan, Sirojiddin Muhriddin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar dan rakan sejawatnya dari Iran Seyed Abbas Araghchi di Tianjin China pada Rabu.
Ketika sesi pertemuan dengan Yermekbayev, Wang Yi berkata, sejak China mengambil alih jawatan pengerusi bergilir SCO, lebih 90 acara telah dianjurkan bagi mengukuhkan kerjasama antara negara-negara anggota dan menjadikan SCO lebih kukuh.
Sementara itu Yermekbayev pula berkata, pihaknya akan terus menyokong usaha China sebagai negara pengerusi, dan berusaha bersama untuk menjayakan Sidang Kemuncak di Tianjin kali ini.
Manakala ketika bertemu dengan Seyed Abbas Araghchi, Wang Yi berkata, China sebagai rakan perkongsian strategik komprehensif Iran, akan terus menyokong Iran dalam memperjuangkan kedaulatan negara dan maruah bangsa, menolak politik kuasa pembuli, melindungi hak dan kepentingan yang sah melalui rundingan politik, dan menegakkan prinsip hubungan persahabatan dan semangat kejiranan yang baik.
- Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar SCO Berlangsung di Tianjin
- Xi Terima Kunjungan Ketua Delegasi Asing Hadiri Mesyuarat Majlis Menteri Luar SCO
- Anggota SCO Ikrar Perkasa Kerjasama Budaya dan Pelancongan
- China Komited Perkasakan Kerjasama Kewangan dengan Negara Anggota SCO
- Xi Utus Ucapan Tahniah kepada Forum Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Mampan SCO
- SCO Zahir Sokongan kepada Mekanisme Perdagangan Multilateral
- China Lancar Logo Pengerusi Bergilir SCO
- PM Li Sertai Mesyuarat Ke-23 Majlis Ketua Kerajaan SCO
- PM China, Rusia dan Mongolia Bertemu di Islamabad
- PM Li Bakal Hadiri Mesyuarat Pemimpin Kerajaan SCO dan Lawat Pakistan