Jumlah Pengguna Internet di China Cecah 1.12 Bilion

(CRI)Isnin 21 Julai 2025

Jumlah pengguna internet di China mencecah 1.12 bilion setakat Jun 2025 dengan kadar penembusan internet sebanyak 79.7 peratus, menurut Pusat Maklumat Rangkaian Internet China (CNNIC).

Laporan Statistik Pembangunan Internet China ke-56 yang dikeluarkan CNNIC pada Isnin turut menunjukkan, pembinaan internet negara mencapai kemajuan besar dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-14.

Pembinaan infrastruktur maklumat baharu terus ditingkatkan, di samping sumber asas internet semakin diperkaya, sekali gus memberi sokongan kukuh kepada peningkatan kadar penembusan internet dan pembangunan ekonomi digital.

Laporan turut menyatakan bahawa sektor baharu menyaksikan perkembangan pesat, sementara teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan secara meluas, manakala inovasi sains dan teknologi menjadi pemacu utama kepada pembangunan ekonomi dan sosial berkualiti tinggi di China.

Video

Berita Berkaitan