- Lain-lain
Taman Bunga Bertaraf UNESCO di Suzhou Dakapi Transformasi Digital
Bagi pengunjung yang datang melawat Lion Grove Garden, iaitu antara kebun bunga klasik di Suzhou, Provinsi Jiangsu, timur China, mereka akan disapa oleh pemandu pelancong yang muncul tanpa disangka-sangka bagi memberi pengenalan terhadap kebun bunga itu.
Teknologi kecerdasan buatan (AI), multimedia dan peralatan pencahayaan telah digunakan untuk menghasilkan lukisan landskap yang timbul di dalam tetapan kebun bunga klasik.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Suzhou secara berterusan memajukan transformasi digital buat kebun-kebun bunganya, memberikan data yang lebih banyak dan tepat buat pemantauan kebun bunga klasik sambil memecahkan halangan temporal dan ruang.
Transformasi digital ini menawarkan idea-idea dan kaedah baharu terhadap usaha perlindungan, pengurusan, dan penggunaan kebun klasik dengan sewajarnya.
Pemandangan Humble Administrator’s Garden pada musim panas di Suzhou, Provinsi Jiangsu di timur China. (Foto oleh Leng Wen)
Pada waktu pagi, Mei Hong, seorang jurutera kanan di Pejabat Pengurusan Lingering Garden di Suzhou telah memulakan kerjanya dengan memuat naik data tinjauan terkini yang dikumpul selama beberapa hari ke dalam platform maklumat digital bagi tujuan perlindungan dan pemantauan kebun bunga klasik.
“Memanfaatkan teknologi digital, kita boleh mengadakan pemantauan dinamik terhadap semua organisma hidup dan komponen berstruktur di dalam kebun bunga,” ujar Mei, 59, yang telah menghabiskan masanya selama lebih dua dekad terhadap pengawasan kebun bunga dan kerja-kerja perlindungan.
Dengan sembilan kebun bunga klasik di Suzhou telah dimasukkan ke dalam senarai Warisan Kebudayaan Dunia UNESCO termasuk Humble Administrator’s Garden, Lingering Garden dan Master-of-Nets Garden, bandar itu telah mewujudkan sistem maklumat pemantauan warisan kebudayaan dunia yang komprehensif.
Secara sistematiknya, ia telah berjaya mengumpul data digital elemen-elemen penting seperti tingkap hiasan, turapan, perabot, ukiran batu bata, dan pintu gerbang taman klasik, mencapai ketepatan tahap milimeter.
Suzhou juga telah menghasilkan arkib digital yang terperinci untuk elemen-elemen kebun klasik, selain kerap memuat naik data tinjauan dan membina pangkalan data yang dinamik.
“Kami menyasarkan untuk mendigitkan setiap kebun bunga, memastikan setiap plak, kuplet dan ukiran kayu selesai dilakukan pendigitan di kebun-kebun bunga klasik Suzhou,” ujar Zhu Haijun, pengarah jabatan pertukaran dan kerjasama di Biro Penghijauan dan Pengkebunan Perbandaran Suzhou.
Usaha pendigitan telah terbukti berharga khususnya dalam kerja-kerja pembaikpulihan.
Menurut Mei, satu gaya lukisan hiasan seni bina iaitu Sushicaihua yang suatu ketika dahulu pernah digunakan secara meluas dalam membina kebun bunga klasik, kini telah hilang secara virtual. Hanya satu baki berjaya terselamat di Pavilion Ruyu, dan ia juga mengalami kemerosotan berikutan keadaan iklim yang lembap.
Projek pembaikpulihan lukisan hiasan seni bina Pavilion Ruyu yang dilancarkan pada bulan Februari 2019 telah menghimpunkan dua belas pakar dari beberapa institut termasuk Akademi Perhutana China dan Muzium Istana. Ia akhirnya selesai selepas tempoh dua tahun.
Suasana yang terhasil daripada teknologi digital di kebun bunga klasik di Suzhou, Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto ihsan sebuah syarikat pelancongan)
Kerumitan amnya telah berlanjutan berikutan kekurangan pendokumenan sejarah dan teknik Sushicaihua yang hampir pupus, sekali gus memaksa pembaik pulih bergantung kepada kaedah cuba-cuba.
Namun, teknologi digital kini telah mengubah proses tersebut. Pekerja telah mewujudkan ‘lukisan digital’ yang komprehensif dengan mendokumenkan semua langkah proses membaik pulih, merekod cara lukisan, dimensi, bahan yang digunakan serta perincian tatacara.
Proses pendigitan itu telah memberi jaminan terhadap perlindungan kebun bunga klasik bahawa ia lebih bersasar dan berasaskan sains.
“Dengan pangkalan data ini, meskipun selepas ratusan tahun mahupun skala kerja perlindungan pada masa depan, kita akan tetap dapat melindungi keaslian kebun bunga klasik Suzhou buat generasi masa depan,” ujar Mei.
Transformasi digital telah memberikan nafas baharu kepada kebun-kebun bunga purba tersebut, dan menambah baik pengalaman pengunjung.
Pihak Humble Administrator’s Garden juga telah melancarkan program perjalanan malam menggunakan lampu digital dan teknologi bayang untuk menawarkan pengalaman yang mengasyikkan buat pengunjung, dengan Menara Pemandangan Gunung di kebun menjadi tapak utama.
Menurut Xue Zhijian, pengarah Pejabat Pengurusan Humble Administrator’s Garden, pihaknya juga telah melancarkan produk-produk digital yang berkaitan dan menara versi digital, dalam usaha menghasilkan suasana perjalanan malam yang digital di Menara Pemandangan Gunung.
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan, sejumlah produk dan pengalaman kebudayaan digital baharu telah diperkenalkan di kebun bunga klasik Suzhou, termasuk projek virtual metasemesta dan program perjalanan realiti terimbuh oleh 5G.
- China Seru Sinergi untuk Realisasi Pembangunan Lestari
- Sidang Kemuncak Digital China ke-8 Labuh Tirai
- China Umum Pelan Untuk Galak Kemahiran, Celik Digital 2025
- Golongan Muda Pilih Gaya Hidup Hijau
- China Komited Berganding Bahu dengan Pelbagai Pihak untuk Promosi Pembangunan Hijau
- China Selesaikan Penghijauan Seluas 6.67 Juta Hektar pada 2024
- Kementerian Kewangan Keluarkan Bon Hijau Berdaulat China di Luar Negara
- Sektor Pembuatan Maklumat Elektronik China Catat Pertumbuhan Pesat Pada 2024
- Ekonomi Digital China Bertunjangkan 4.57 Juta Perusahaan Industri Teras
- Pembangunan Internet China Kembangkan Pertumbuhan Ekonomi ‘Lautan Biru’