Israel Tolak Kenyataan Bersama Antarabangsa Mengenai Konflik Gaza

(CRI)Selasa 22 Julai 2025

Kementerian Luar Israel pada Isnin waktu tempatan mengeluarkan kenyataan yang menolak secara rasmi kenyataan bersama 25 negara antarabangsa yang mendesak konflik di Gaza dihentikan segera selain mengecam model pengagihan bantuan kemanusiaan yang dikawal Israel.

Menurut mereka, kenyataan bersama itu “terputus daripada realiti” dan menghantar isyarat yang salah kepada Hamas.

Menurut statistik yang diumumkan Kementerian Kesihatan Gaza Ahad, sejak operasi “Dana Kemanusiaan Gaza” yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel beroperasi pada akhir Mei, hampir 1,000 penduduk Gaza terbunuh manakala lebih 6,000 orang cedera ketika cuba mendapatkan bekalan bantuan.

Video

Berita Berkaitan