China dan Filipina Adakan Rundingan Konsular Pusingan Kesembilan di Beijing

(CRI)Rabu 23 Julai 2025

Ketua Pengarah Jabatan Hal-ehwal Konsular Kementerian Luar China, Long Zhou dan Penolong Menteri Luar Filipina, Oblena telah mengadakan Rundingan Konsular Pusingan Kesembilan di Beijing pada Selasa.

Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan secara mendalam mengenai usaha untuk melindungi keselamatan serta hak dan kepentingan warga dan institusi masing-masing, serta memudahkan pertukaran rakyat antara kedua-dua negara.

Pihak China menggesa pihak Filipina untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi pertukaran budaya, kerjasama ekonomi dan hubungan dua hala secara menyeluruh.

Video

Berita Berkaitan