China Cadangkan Pembinaan Pertubuhan Kerjasama AI Sedunia

(CRI)Isnin 28 Julai 2025

Kerajaan China mengeluarkan cadangan untuk menubuhkan pertubuhan kerjasama kecerdasan buatan (AI) sedunia, pada Sabtu.

Ini bukan sahaja langkah penting China untuk mengamalkan multilateralisme dan mendorong pembinaan sistem tadbir urus global yang berasaskan perundingan dan perkongsian, malah juga tindakan konkrit China bagi menyahut seruan Selatan Global, merapatkan jurang perbezaan dalam pendigitalan dan kepintaran, serta menggalakkan pembangunan AI demi manfaat umum.

Kerajaan China mengesyorkan supaya ibu pejabat pertubuhan itu ditempatkan di bandar Shanghai.

Video

Berita Berkaitan