AS, EU Capai Perjanjian Perdagangan Baharu

(CRI)Isnin 28 Julai 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad mengumumkan negara itu telah mencapai satu perjanjian perdagangan baharu dengan Kesatuan Eropah (EU), melibatkan penetapan tarif sebanyak 15 peratus ke atas produk EU yang dieksport ke AS.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, EU bersetuju untuk meningkatkan pelaburan mereka sebanyak US$600 bilion di AS.

Selain itu, blok tersebut juga akan membeli peralatan ketenteraan serta produk tenaga bernilai US$750 bilion dari AS.

Video

Berita Berkaitan