Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Galak Rundingan Damai

(CRI)Selasa 29 Julai 2025

China akan mengekalkan komunikasi rapat dengan Thailand dan Kemboja serta aktif menggerakkan proses perdamaian menerusi rundingan antara kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun dalam sidang media pada Isnin berkata China akan terus mengambil pendirian yang adil dan saksama berhubung konflik sempadan Thailand-Kemboja, serta memainkan peranan yang konstruktif ke arah mencapai persetujuan gencatan senjata.

Guo menegaskan perlunya memelihara hubungan baik sesama jiran, mengukuhkan rasa saling percaya dan mengendalikan percanggahan pendapat sebaiknya.

Hal itu selaras dengan kepentingan asas dan jangka panjang dua negara serta keamanan dan kestabilan rantau, ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan