TWG 2025: Metro Chengdu Terima Kad Pembayaran Luar Negara

Sukan Dunia (TWG) yang ke-12 dijadual akan berlangsung di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China dari 7 hingga 17 Ogos depan.

Sepanjang berlangsungnya TWG 2025, Metro Chengdu akan memantau rapat aliran penumpang dan menambah baik kapasiti pengangkutan, khususnya di kawasan komersial, tarikan pelancong, dan hab-hab transit utama.

Perkhidmatan metro akan dilaraskan dengan dinamik mengikut permintaan masa nyata berdekatan dengan venue pertandingan bagi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar buat penduduk tempatan mahupun tetamu antarabangsa.

Pada 28 Julai, Metro Chengdu juga secara rasminya melancarkan kaedah pembayaran luar negara yang sepenuhnya. Kini, pengembara antarabangsa boleh memilih untuk menggunakan kad bank asing bagi pembayaran di pintu metro atau membeli tiket secara terus. Malah, semua laluan juga kini dilengkapi dengan peranti penterjemah bagi membantu warga yang tidak bertutur bahasa Cina.

Difahamkan, Metro Chengdu juga telah memperkukuh perkhidmatan sukarelawan. 70 stesen perkhidmatan sukarelawan telah didirikan di venue pertandingan dan hentian metro utama yang berdekatan, sekali gus menawarkan bantuan bagi penumpang domestik dan antarabangsa untuk menerokai bandar itu dengan mudah.

Video

Berita Berkaitan