Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Bantu Kukuh Persetujuan Gencatan Senjata

(CRI)Rabu 30 Julai 2025

China menyokong peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN serta kesungguhan negara itu dalam menggerakkan penyelesaian politik konflik sempadan Thailand-Kemboja menerusi 'pendekatan ASEAN'.

Jurucakap Kementerian Luar Guo Jiakun berkata Beijing menghargai segala usaha ke arah memupuk rasa saling percaya dan membantu meredakan ketegangan.

Menurut beliau, China akan mengekalkan komunikasi rapat dengan Thailand dan Kemboja serta memainkan peranan yang konstruktif dalam mengukuhkan persetujuan gencatan senjata.

Video

Berita Berkaitan