“Jalan Tebing” di Gunung Taihang Pukau Pelancong (9)

“Jalan Tebing” di Gunung Taihang Pukau Pelancong
Pemandangan Gunung Taihang.

Terletak di dalam Pergunungan Taihang, Guoliang merupakan sebuah kampung yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan bandar Huixian, provinsi Henan.

Beberapa dekad yang lalu, ia hanya merupakan kampung terpencil yang jarang berhubungan dengan dunia luar dan mengamalkan ekonomi sara diri yang amat bergantung pada keadaan cuaca.

Dari generasi ke generasi, jalan yang digunakan untuk menuruni gunung adalah dengan menggunakan sebuah “tangga menjulang langit” yang dibina sejak Dinasti Song.

Pada tahun 1972, penduduk mulai membina jalan dengan menggali gua di tebing Gunung Taihang.

Mengambil masa 5 tahun, serta menggembleng 30,000 orang pekerja yang bertahan daripada angin dan hujan pada siang dan malam, sebuah “jalan tebing” sepanjang 1,250 meter yang berada di altitud 1,700 meter akhirnya siap dibina.

Difahamkan, jumlah batu kelikir yang dibersihkan adalah kira-kira 24,000 meter padu.

Kini, jalan di tebing itu lebih dikenali sebagai "Gua Guoliang" dan telah menjadi tarikan pelancong.

Sempena cuti musim panas, ramai pelancong yang datang telah menzahirkan kekaguman mereka terhadap keajaiban projek ini, sambil turut menikmati keindahan pemandangan Gunung Taihang.

Sektor pelancongan yang semakin berkembang rancak kini juga menjadi salah satu sumber pendapatan bagi penduduk tempatan.

Video

Berita Berkaitan