Pertambahan Kapasiti Janakuasa Tenaga Boleh Baharu di China Naik 99.3 Peratus

(CRI)Jumaat 01 Ogos 2025

Pertambahan kapasiti janakuasa tenaga boleh baharu di seluruh China mencatat 268 juta kilowatt pada separuh pertama tahun ini.

Jumlah itu meningkat 99.3 peratus tahun ke tahun, dan mewakili 91.5 peratus daripada jumlah pertambahan kapasiti terpasang, menurut maklumat terkini Pentadbiran Tenaga Negara China (NEA), pada Khamis.

Daripada jumlah itu, tenaga hidro mencatat pertambahan sebanyak 3.93 juta kilowatt, tenaga angin 51.39 juta kilowatt, tenaga solar 212 juta kilowatt, dan tenaga biomas 710,000 kilowatt.

Menurut NEA, setakat penghujung Jun lalu, kapasiti janakuasa tenaga boleh baharu di seluruh China merekodkan 2.15 bilion kilowatt, menokok 30.6 peratus tahun ke tahun. Jumlah itu sekali gus mewakili 59.2 peratus daripada kapasiti janakuasa di China.

Selain itu, pada separuh pertama tahun ini, jumlah janakuasa tenaga boleh baharu di China mencecah 1.79 trilion kilowatt-jam, meningkat 15.6 peratus, dan mewakili 39.7 peratus daripada jumlah janakuasa elektrik di negara ini.

Video

Berita Berkaitan