- Lain-lain
Grand Bazar di Urumqi Gerbang Keunikan Xinjiang
Di tengah-tengah kota Urumqi iaitu ibu negeri Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China terletaknya destinasi yang menjadi nadi kepada denyut budaya, sejarah dan kehidupan pelbagai etnik.
Dikenali sebagai Grand Bazar Urumqi, lokasi berkenaan bukan sekadar pasar biasa, sebaliknya boleh diibaratkan seperti sebuah pintu gerbang yang membuka kepada keunikan Xinjiang yang kaya dengan tradisi dan keindahan warisan budaya Timur dan Barat.
Menyusuri jalan-jalan di sekitar Urumqi, seolah-olah membawa ke zaman kegemilangannya di saat kota ini pernah menjadi nadi ekonomi penting dalam laluan Jalan Sutera yang menghubungkan benua Asia dengan Barat.
Aroma rempah ratus yang semerbak, irama muzik etnik yang sungguh mengasyikkan serta kepelbagai wajah dan bahasa menjadikan pengalaman berada di Urumqi sungguh luar biasa selain memikat jiwa.
Turut dikenali sebagai "Erdaoqiao Market", ratusan kedai menawarkan pelbagai jenis barangan daripada perhiasan rumah sehinggalah ke barangan perhiasan diri untuk golongan wanita, sudah pasti membuatkan pengunjung "rambang mata" untuk memilih cenderamata untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan berada di bandar Urumqi ini.
Paling penting, setiap barangan bukan sahaja cantik dipandang malah turut melambangkankan pelbagai cerita dan simbolik masyarakat tempatan.
Selain peranan sebagai gerbang budaya di Urumqi, Grand Bazaar juga merupakan pusat pelancongan dan ekonomi penting di bandar ini dengan mengambil kira kehadiran pelancong yang semakin meningkat dek penularan pelbagai video tarikan di media sosial dalam kalangan pengunjung.
Ini sekali gus menjadikan bazar ini sebagai pemacu kepada pembangunan ekonomi tempatan selain menjadi medium terbaik untuk memperkenalkan keunikan Xinjiang di pentas dunia.
Satu perkara yang menarik di Xinjiang apabila papan tanda jalan dan kebanyakan papan tanda kedai mempunyai gabungan kaligrafi arab, aksara latin dan tulisan China yang mencerminkan realiti masyarakat berbilang etnik di Xinjiang yang hidup secara harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
Grand Bazaar di Urumqi ini sememangnya destinasi wajib dikunjungi bagi setiap pengembara yang bertandang ke Xinjiang.
Ibarat pepatah "tak kenal maka tidak cinta", lokasi yang kaya dengan sejarah serta rekaan seni bina yang mempunyai pelbagai gabungan budaya ini, menjanjikan pengalaman yang menarik sepanjang berada di wilayah terbesar China ini.
- Jed Hotan: Jambatan Sepanjang Zaman Dalam Kalangan Tamadun
- Urumqi Disenarai Antara Destinasi Musim Panas Paling Atas di China
- Lapangan Terbang Dahe Barkol, Hami Dibuka
- Padang Pasir di Tengah Xinjiang Tawar Makanan Laut Segar
- Jumlah Penghasilan Minyak di Jimsar Baharui Rekod
- Xinjiang Jadi Tuan Rumah Ekspo Komoditi Eurasia 2025
- Gunung Huoyan, Jalan Ditempuh dalam Journey to the West
- Terokai Kekayaan Budaya ‘Permata Jalan Sutera’ Kashgar
- Festival Pelancongan Lavendar Rancakkan Pembangunan Ekonomi di Xinjiang
- Xinjiang Keluarkan Rancangan Pembangunan Industri Kebudayaan dan Pelancongan Baharu