- Lain-lain
Terokai Kekayaan Budaya ‘Permata Jalan Sutera’ Kashgar
Kota Purba Kashgar. (Foto oleh Yumit Qadir)
Terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Kashgar berada di oasis yang subur nan terpelihara oleh Sungai Yarkant, yang mengalir dari Pergunungan Karakoram.
Sejak zaman purba, pedagang dan pengembara yang melintasi Dataran Tinggi Pamir telah singgah di sini untuk berehat, berdagang dan berhubungan, sekali gus menjadikan Kashgar sebagai hab utama di sepanjang Jalan Sutera purba dan salah satu tempat perdagangan antarabangsa terawal di Xinjiang.
Nama-nama tokoh sejarawan terkenal seperti Zhang Qian, Xuanzang, Faxian, dan Marco Polo – semuanya pernah menjejakkan kaki masing-masing di tanah bertingkat tersebut.
Hari ini, Kashgar merupakan pintu masuk ke barat, iaitu koridor antarabangsa yang menuju ke Asia Selatan, Barat dan Tengah, selain menjadi titik permulaan Koridor Ekonomi China-Pakistan. Berlepas dari pusat bandar Kashgar dan menuju ke selatan di sepanjang Lebuh Raya Karakoram yang terkenal sebagai ‘Jalan Persahabatan China-Pakistan’, seseorang boleh tiba di Kaunti Autonomi Tajik Taxkorgan selepas memandu sekitar 300 kilometer.
Di utara Taxkorgan pula terletaknya Tinggalan Bandar Batu, yakni sebuah tapak dengan sejarah berusia lebih daripada 2,000 tahun. Apabila sami Buddha Xuanzang pada Dinasti Tang (618-907) pula dari India, beliau telah melalui tapak tersebut, yang kemudiannya memperincikan kubu purba itu di dalam kisah perjalanannya bertajuk ‘Catatan Agung Tang terhadap Kawasan Barat’.
Tak lapuk dek zaman, tinggalan tersebut kekal tersergam indah.
Di tengah bandar Kashgar, terletak kota purba Kashgar, yang bersejarah lebih daripada 2,100 tahun. Ia yang terkenal dengan ‘kota hidup yang hidup’ itu akan memulakan hari-harinya dengan tarian pembukaan – iaitu penari akan muncul dari jalanan apabila matahari terbit, mengalu-alukan tetamu dengan persembahan yang penuh hidup dan alunan muzik yang ceria.
Penari sedang membuat persembahan di bahagian luar kota purba Kashgar bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong. (Foto oleh Wang Zhenqiang)
Pada awal Dinasti Yuan (1271-1368), pengembara Itali, Marco Polo menyifatkan Kashgar dalam nota perjalanannya sebagai bandar dengan pedagang dari setiap pelosok dunia serta ladang anggur, kebun dan taman yang cantik.
Bulan Ogos lalu, pendaki dari Itali, Vienna Cammarota telah melawat Kashgar. Sebelum perjalanannya ke China, dia telah membaca tentang bandar dalam buku The Travels of Marco Polo. Setibanya dia di situ, dia teruja untuk mengetahui bahawa Kashgar bukan sekadar hab penting semasa tempoh Jalan Sutera purba, tetapi juga bandar yang penuh daya hidup pada hari ini.
“Jalan-jalan sangat hidup pada waktu siang, dan menjadi indah permai tatkala tibanya waktu malam,” ujarnya, sambil berkongsikan bahawa terdapatnya bunyi dengungan dan ruang udara yang dipenuhi dengan aroma rempah, barbeku, roti yang dibakar segar di situ.
Di kota purba Kashgar, terdapat kafe bernama Dili & Diya, yang diusahakan oleh pemuda tempatan iaitu Dilxat Tursun dan isterinya dari Tanzania, Hadiya.
Bagi Hadiya, dia menganggap bahawa peluangnya untuk menetap dan belajar di China adalah sumbangan daripada Inisiatif Jalur dan Laluan. Dia bertemu dengan Dilxat Tursun ketika kedua-duanya masih bergelar pelajar di Fuzhou, Provinsi Fujian, di tenggara China. Pada Mei 2020, pasangan tersebut pulang ke mengikuti Dilxat Tursun ke kampung halamannya di Kashgar.
Pasangan Dilxat Tursun (kanan) dan Hadiya. (Foto oleh Dilxat Tursun)
“Apabila menjejakkan kaki di Kashgar, saya terus jatuh cinta,” ujar Hadiya, sambil menyifatkan bandar itu sebagai kaya dengan sejarah, orangnya yang peramah dan sesuai untuk didiami, selain terdapat persamaan dengan kampung halamannya di Zanzibar yang turut mempunyai Kota Batu, sekali gus membuatkan dia berasa lebih dekat dengan tempat itu.
Kedai mereka menampilkan cawan tembikar buatan tangan dari Kashgar, serta dekorasi dinding dari Afrika.
“Biji kopi dari Tanzania sangat terkenal dalam pasaran China. Jadi, pada Mac 2023, kami membuka kafe ini bersama-sama. Hadiya mengajar saya untuk mengisar biji kopi dan membru kopi yang penuh aroma.
“Kopi latte kami dibuat dengan menggunakan susu tempatan dan biji kopi Tanzania, satu gabungan yang mencerminkan tarikan Timur-bertemu-Barat kota purba Kashgar,” kata Dilxat.
Ujarnya lagi, dengan peluasan dasar bebas visa China, dia menyaksikan lebih ramai pelancong antarabangsa mengunjungi kedainya.
Dengan perniagaannya yang semakin berkembang, jaminan untuk mendapatkan bekalan biji kopi yang stabil menjadi keutamaan.
“Ketika kami baru bermula, kami akan membawa pulang biji kopi bersama-sama kami semasa menziarahi keluarga ke Tanzania. Kini, ia dihantar menerusi laluan yang lebih stabil, iaitu dari Afrika ke Eropah, kemudiannya ke Kashgar menerusi kereta api kargo China-Eropah,” jelas Dilxat.
Foto memperlihatkan sebatang jalan di kota purba Kashgar. (People’s Daily/Che Bin)
Pada penghujung tahun lalu, kerja-kerja pembinaan telah bermula di Laluan Kereta Api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan. Dilxat merupakan antara individu yang menanti-nantikan berita itu dan meraikannya.
“Kereta api ini akan bermula di Kashgar. Kami berharap agar semuanya berjalan lancar, sekali gus mempermudah penghantaran biji kopi kami.
“Lebih penting, saya percaya bahawa projek ini akan membuka lebih banyak peluang perdagangan dan menambah baik taraf kehidupan rakyat di negara sepanjang laluan tersebut,” katanya.
- Festival Pelancongan Lavendar Rancakkan Pembangunan Ekonomi di Xinjiang
- Xinjiang Keluarkan Rancangan Pembangunan Industri Kebudayaan dan Pelancongan Baharu
- Mawar Mekar di Gurun di Xinjiang
- Pengubahsuaian Stesen Kereta Api Timur Hami Dimulakan
- Xinjiang Kembangkan Infrastruktur Sukan Dengan 88,800 Venue Menjelang 2024
- Bunga Mawar di Xinjiang Jadi Benteng Pasir, Lonjak Mata Pencarian
- Tasik Ulungur di Xinjiang Mula Nyahsejuk Beku
- Saintis Sumbang Transformasi Gurun Kepada Oasis, Dorong Ekonomi Luar Bandar di Xinjiang
- Anak Gembala Capai Impian Jadi Juruterbang
- Tular! Klip Pertunjukan Kostum Pemudi Xinjiang