Xinjiang Jadi Tuan Rumah Ekspo Komoditi Eurasia 2025

Xinjiang Jadi Tuan Rumah Ekspo Komoditi Eurasia 2025
Bahagian luar Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Xinjiang di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, iaitu venue Ekspo Perdagangan dan Komoditi Eurasia (China) 2025 pada 26 Jun. (Foto oleh People’s Daily Online)

Ekspo Perdagangan dan Komoditi Eurasia (China) 2025 membuka tirainya secara rasmi pada Khamis di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Xinjiang di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China.

Membawa tema ‘Memajukan Kerjasama Eurasia, Berkongsi Kemakmuran Jalan Sutera’, acara tersebut menumpukan usaha menyokong pertumbuhan 10 kluster industri utama Xinjiang.

Diadakan di kawasan pameran seluas 140,000 meter persegi, ekspo edisi kali ini merupakan yang terbesar setakat ini dari sudut penyertaan antarabangsa dan skala, dengan berjaya menarik lebih daripada 2,800 perusahaan serta 50 negara dan wilayah.

Lebih daripada 60 aktiviti promosi perdagangan dijadualkan untuk berlangsung di sepanjang acara yang bertujuan untuk membantu menghubungkan syarikat-syarikat dengan pasaran global.

Untuk rekod, Ekspo Perdagangan dan Komoditi Eurasia (China), iaitu sebahagian penting daripada Ekspo China-Eurasia tersebut telah diadakan sebanyak empat kali. Ia telah mencapai hasil yang sangat memuaskan dan memainkan peranan penting dalam mempromosi pembukaan Xinjiang serta integrasinya ke dalam paradigma pembangunan baharu.

Para pengunjung berpusu-pusu mengunjungi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Xinjiang semasa Ekspo Perdagangan dan Komoditi Eurasi (China) 2025 di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China pada 26 Jun. (Foto oleh People’s Daily Online)
Pengunjung mempelajari tentang produk di sebuah reruai pameran semasa berlangsungnya Ekspo Perdagangan dan Komoditi Eurasi (China) 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Xinjiang di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China pada 26 Jun. (Foto oleh People’s Daily Online)
Para pengunjung menerokai produk dari pelbagai negara semasa berlangsungnya Ekspo Perdagangan dan Komoditi Eurasi (China) 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Xinjiang di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China pada 26 Jun. (Foto oleh People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan