- Lain-lain
Koridor Tengah Singkatkan Masa Penghantaran Kereta Api Kargo China-Eropah ke Turkiye kepada 15 Hari
![]() |
Timbalan Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turkiye, Enver Uskurt pada Isnin memaklumkan bahawa tempoh perjalanan Kereta Api Kargo China-Eropah dari China ke Turkiye melalui 'Koridor Tengah' telah dipendekkan kepada 15 hari.
Beliau berkata demikian pada majlis pelepasan dua buah Kereta Api Kargo China-Eropah di Istanbul, Turkiye ke Łódź, Poland dan Budapest, Hungary.
Ujarnya, salah satu daripada kereta api berkenaan sebelum ini adalah berlepas dari Chengdu, China dengan membawa 508 tan kargo, kemudian melalui Alashan, Xinjiang menuju ke Koridor Tengah , dan akhirnya tiba di bandar sempadan timur Turkiye, Kars dalam tempoh 15 hari perjalanan.
"Koridor Tengah" juga dikenali sebagai Koridor Pengangkutan Antarabangsa Trans-Caspian, dan merupakan laluan pengangkutan pelbagai mod yang bermula dari China, melalui Kazakhstan, Laut Caspian, Azerbaijan, Georgia dan seterusnya ke Turkiye dan negara-negara Eropah.
China dan Turkiye telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan rancangan "Koridor Tengah" pada tahun 2015.
![]() |
- Xi'an Hantar Produk Getah ke Asia Tenggara menerusi Rel-Laut
- 350 Ribu TEU Dihantar Koridor Darat-Laut Baharu
- Jumlah Trafik Kereta Api Kargo China-Eropah Laluan Tengah Cecah 20,000
- "ASEAN EXPRESS" Dilancarkan di Duisburg, Realisasikan Laluan Dua Hala Eropah-Asia
- Perkhidmatan Kereta Api Kargo China-Eropah Kini Cecah 110,000 Perjalanan
- Pelabuhan Alashankou Kendalikan Lebih 3,000 Kereta Api Kargo China-Eropah
- Pengubahsuaian Stesen Kereta Api Timur Hami Dimulakan
- Pusat Yiwu-Xinjiang-Eropah Tashkent Dirasmikan di Uzbekistan
- Kawasan Teluk Besar Rekod Lebih 4,000 Tren China-Eropah
- 8,730 Perjalanan Kereta Api China-Eropah Melalui Horgos bagi Tahun 2024
- Perkhidmatan Kereta Api Kargo Yiwu-Eropah Kini Genap 10 Tahun
- 7,000 Tren Kargo China-Eropah (Asia) Melalui Pintu Horgos Sejak Awal 2024