"ASEAN EXPRESS" Dilancarkan di Duisburg, Realisasikan Laluan Dua Hala Eropah-Asia

(CRI)Isnin 23 Jun 2025

Majlis pelancaran dan aktiviti promosi "ASEAN EXPRESS" telah diadakan di Duisburg, Jerman pada Sabtu waktu tempatan.

Hampir 100 tetamu dalam kalangan politik, syarikat kereta api, logistik dan pelabuhan dari pelbagai negara hadir bagi menyaksikan satu lagi pencapaian penting kerjasama pengangkutan multimodel di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Tiupan wisel pada majlis tersebut menandakan pelepasan kereta api "ASEAN EXPRESS" pertama berlepas dari Duisburg menuju ke Asia Tenggara.

Ia sekaligus menandakan pembukaan laluan ekonomi hijau dan perdagangan baharu yang menghubungkan Eropah dan Asia, serta memperlihatkan pola baharu pengangkutan pelbagai model dan kerjasama serantau antara tiga entiti ekonomi utama, iaitu Kesatuan Eropah (EU), China dan ASEAN di bawah kerangka BRI.

"ASEAN EXPRESS" dibangunkan bersama oleh Yuxinou (Chongqing) Supply Chain Management Co. Ltd. dan Land-Sea Trade Corridor Operation Co. Ltd.

Sejak dilancarkan pada 15 Oktober 2024, "ASEAN EXPRESS" telah membuka tiga laluan dari Vietnam, Laos dan Thailand ke Eropah melalui Chongqing.

Nilai kargo diangkut melalui laluan tersebut telah melebihi RMB1.9 bilion (RM1.13 bilion).

Kini, "ASEAN EXPRESS" telah merealisasikan penyambungan tanpa halangan antara Koridor Darat-Laut Barat dengan laluan perdagangan Kereta Api Eropah-Asia.

Menurut Liu Taiping, Pengerusi Land-Sea Trade Corridor Operation yang juga Pengarah Urusan Yuxinou (Chongqing), "ASEAN EXPRESS" meliputi jarak kira-kira 14,000 kilometer dan masa perjalanan masa 19 hari maksimum.

Bahkan ia juga 50 peratus lebih pantas berbanding pengangkutan maritim konvensional, selain itu kosnya hanya satu perlima daripada pengangkutan udara, manakala pelepasan karbon hanya satu pertujuh daripada pengangkutan jalan raya dan satu per lima belas daripada pengangkutan udara.

Video

Berita Berkaitan