- Lain-lain
Tarian Naga Bangku Temui Kehidupan Baharu di Sichuan
Di kampung Yinlu yang terletak di Provinsi Sichuan, barat daya China, satu tradisi rakyat yang luar biasa, terus memukau penonton dengan persembahan warisan kebudayaannya yang penuh bertenaga.
Adegan itu terungkap dengan ketepatan berirama, iaitu dua wanita luar bandar berada di barisan hadapan, sementara terdapat seorang lelaki berdiri di belakang mereka, seterusnya bersama-sama memegang ‘naga bertuah’.
Penduduk kampung mempersembahkan tarian naga bangku di kampung Yinlu, pekan Datian, daerah Renhe, bandar Panzhihua, Provinsi Sichuan barat daya China. (Foto ihsan pusat kebudayaan daerah Renhe)
‘Naga bangku’ seolah-olah dihidupkan semula oleh penduduk kampung, dan menyaksikan ruang udara dipenuhi dengan kegembiraan.
Persembahan yang menawan ini adalah tarian naga bangku, yakni sebuah khazanah budaya yang telah diwarisi di kampung Yinlu, terletak di dalam bandar Datian, daerah Renhe, bandar Panzhihua, selama lebih satu abad, menjejaki asal-usulnya kembali ke Dinasti Qing (1644-1911).
Setiap persembahan naga bangku memerlukan tiga orang, dan semasa luar musim pertanian, tarian naga bangku sering dipersembahkan. Melalui ekspresinya yang jelas dan asli, tarian naga bangku merangkumi kecintaan orang ramai terhadap kehidupan, menjamin pewarisan berterusan budaya etnik tempatan merentas generasi.
Baru-baru ini, serombongan tarian naga bangku dari kampung Yinlu telah berhimpun untuk sesi latihan, dengan Liao Guoliang, 36, pewaris generasi ketujuh tradisi itu menjaga iramanya.
Mengimbas semula masa kecilnya, wanita itu berkongsi tentang era di mana pilihan hiburan yang lebih terhad, sekali gus membuatkan tarian dan nyanyian komunal sebagai sorotan penting dalam kehidupan kampung, dengan tarian naga bangku menjadi tarikan paling hebat.
Setiap bangku kayu berukuran 99 sentimeter panjang dan 50 sentimeter tinggi, dengan di atasnya terdapat naga yang dijalin rumit diperbuat daripada buluh dan straw. Badan naga mempunyai panjang sehingga 110 sentimeter dengan kepalanya berketinggian 50 sentimeter, dan ekornya mencapai 57 sentimeter. Persembahan naga itu memerlukan penyelarasan antara ketiga-tiga penari yang secara tipikalnya seorang lelaki dan dua orang perempuan.
Menurut Liang Jiacheng, ketua pusat kebudayaan daerah Renhe berkata bahawa tarian naga bangku itu telah berevolusi menjadi bentuk seni yang sangat cantik menerusi perjalanan pewarisannya selama berabad.
Tanggungjawab untuk melindungi telah secara semula jadinya jatuh ke Liao, yang keluarganya telah mempraktiskan tarian itu selama bergenerasi.
Tarian naga bangku memikul aspirasi komuniti untuk nasib yang baik, cuaca yang lebih memihak, dan kemakmuran yang dikongsi bersama.
“Terdahulu, tarian naga bangku mungkin berfungsi sebagai hiburan musim cuti, namun, ia kini adalah sebahagian daripada DNA budaya hari ini, seterus menjadi kad nama istimewa yang bukan sahaja mewakili pekan Datian dan daerah Renhe, tetapi juga bandar Panzhihua secara keseluruhannya,” kata Liao.
Dia turut akur terhadap cabaran masa kini dalam mewariskan budaya tradisional, dan mendapati beberapa golongan muda sedang mempelajari tarian naga bangku. Sebagai pewaris generasi ketujuh, dia berharap untuk menarik keterlibatan lebih ramai pemuda dan meneruskan legasi budaya tersebut.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, tarian naga bangku telah mencuri perhatian jawatankuasa Parti dan badan-badan kerajaan di pelbagai peringkat. Menerusi program warisan budaya tidak ketara di sekolah-sekolah, pekan Datian telah bekerjasama dengan Sekolah Menengah Datian untuk secara aktif menerokai sumber-sumber tempatan dan membangunkan buku teks yang khusus. Pekan itu telah mengumpul lebih daripada 100 perkakasan naga dan lebih daripada 100 kostum, serta memperkenal tarian naga bangku ke sekolah-sekolah untuk pemeliharaan warisan.
Liao secara aktif membimbing penduduk kampung untuk mempelajari tarian naga bangku, dan bercita-cita untuk mendapatkan penyertaan yang lebih meluas. Ketika ini, lebih daripada 50 peratus penduduk kampungnya boleh melakukan tarian itu. Berkolaborasi dengan guru-guru, dia telah mencipta tarian itu versi senaman pagi, membantu kanak-kanak lebih memahami dan menghargai bentuk seni tempatan yang unik tersebut.
Selama bertahun-tahun, tarian naga bangku di daerah Renhe telah mendapat penghargaan di acara-acara berprestij termasuk permainan tradisional etnik minoriti peringkat provinsi. Pada 2023, tarian itu telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat provinsi, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai aset budaya yang dihargai.