- Lain-lain
China akan Terus Main Peranan Konstruktif bagi Pemulihan Hubungan Kemboja-Thailand
China secara aktif mengekalkan komunikasi rapat dengan Kemboja dan Thailand, serta Malaysia dan negara-negara serantau lain untuk menggalakkan gencatan senjata, mempromosikan komunikasi dan dialog, untuk meredakan ketegangan situasi antara Kemboja dan Thailand.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media di sini, pada Selasa.
Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Thailand-Kemboja diadakan di Malaysia pada 4 hingga 7 Ogos, dan China diundang untuk menyertai sesi khas mesyuarat tersebut pada 7 Ogos.
Guo berkata, di bawah koordinasi aktif Malaysia selaku pengerusi ASEAN, kedua-dua negara Kemboja dan Thailand mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan untuk memperhalusi mekanisme pemantauan gencatan senjata.
"Ini bermanfaat untuk mewujudkan gencatan senjata secara berkesan dan berterusan.
"China akan terus menyokong usaha ASEAN dalam mendorong rundingan damai, di samping mengangkat kesaksamaan dan keadilan, selain memainkan peranan konstruktif demi pemulihan hubungan Kemboja-Thailand," kata Guo.
- Kemboja, Thailand Komited Tamatkan Konflik Sempadan - PAT Malaysia
- Misi Pemerhati Sementara Atase Tentera ASEAN Mulakan Pemeriksaan Kedua di Sempadan Kemboja-Thailand
- Malaysia Bantu Selesai Pertikaian Sempadan Kemboja-Thailand
- Rundingan Tiga Pihak di Shanghai Dorong Pelaksanaan Gencatan Senjata Kemboja-Thailand
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Bantu Kukuh Persetujuan Gencatan Senjata
- Konflik Thailand-Kemboja: China Komited Galak Rundingan Damai
- Thailand Dakwa Kemboja Langgar Perjanjian Gencatan Senjata
- Konflik Sempadan: 22 Warga Thailand Maut
- China akan Main Peranan Konstruktif untuk Dorong Gencatan Senjata antara Kemboja dan Thailand
- Pemimpin Kemboja, Thailand Dijadual Bertemu di Putrajaya