Kawat Duri Dipasang Tentera Thailand di Preah Vihear Dibuang Kemboja

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

Kemboja telah mengalihkan kawat duri yang diletakkan Thailand di wilayah Kemboja.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja dalam sidang media Selasa, kawat duri yang dipasang secara haram oleh Thailand di provinsi Preah Vihear pada Isnin telah dibuang, dan jentera berkaitan telah dihentikan operasinya pada Selasa.

Beliau menambah, pengalihan itu dilakukan setelah perbincangan dan rundingan antara tentera kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan